Di Instagram Story, pelakon Anzalna Nasir memberitahu dia tidak pernah memaksa anak-anaknya untuk bekerja demi menjana pendapatan.
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Minta Netizen Jangan Masuk Campur Isu Perceraian Fattah & Fazura – ‘Hanya Mereka Yang Tahu Masalah Dalaman’
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Tak Pernah Percaya Pembantu Rumah – ‘Walau Terlepas Job Beratus Ribu Pun, Yang Penting Anak-Anak Bawah Jagaan Saya’
Jadi duta dan model iklan
Menurut Anzalna, anak lelakinya iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan rela hati mahu melibatkan diri sebagai duta dan model iklan bagi beberapa buah jenama terkenal.
Eidrees dah jadi duta jenama sejak umur setahun, jadi dia sudah biasa dengan kemera. Emirhan pula baru nak mula tahun ini, jadi dia masih nak belajar. Bekerja dengan kanak-kanak tak selalunya mudah. Kita tak boleh paksa mereka demi duit.
Kalau mereka tak nak, biarkan saja. Alhamdulillah, semalam Emirhan sendiri yang pilih untuk ikut kami buat photoshoot.
Menerusi video yang dikongsikan, kedua-dua anak Anzalna sedang menjalani penggambaran untuk sebuah jenama pakaian sempena hari raya nanti.
Berbicara lebih lanjut, bekas dewi remaja ini berkata, pengalaman menjadi duta dan model bagi sesebuah jenama merupakan memori yang sangat bermakna buat anak-anaknya.
Gembira sangat sebab ini semua kenangan waktu mereka kecil.
Kenangan waktu kecil
Sumber: Anzalna Nasir