Susulan banyak insiden membabitkan kecuaian pembantu rumah, pelakon Anzalna Nasir memberitahu dia tidak pernah meninggalkan anak-anak bersama ‘maid’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pembantu Rumah Dr Say Buat Hal Lagi! Kali Ini Melibatkan Kekerasan Terhadap Baby Zeqriel
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Minta Netizen Jangan Masuk Campur Isu Perceraian Fattah & Fazura – ‘Hanya Mereka Yang Tahu Masalah Dalaman’
Tak percaya maid
Mengakui bukan ibu yang sempurna, Anzalna berkata, dia sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak-anak sentiasa bersamanya.
Bab maid ini, saya tak boleh sebab banyak sangat kes macam ini (kecuaian). Saya nak cakap pasal diri saya, saya bukanlah ibu yang perfect, tapi saya sanggup korbankan kerja demi anak-anak.
Dari lahir sampai sekarang, saya tak pernah sekali pun tinggalkan mereka sendirian dengan maid.
Walaupun terlepas job beratus ribu pun, tidak apa. Yang penting anak-anak di bawah jagaan saya sendiri. Saya batalkan segalanya jika keluarga tiada yang boleh melihat atau jaga anak-anak.
Anzalna berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story susulan video memperlihatkan pembantu rumah kepada pempengaruh Dr Say yang didakwa melakukan kekerasan terhadap bayinya bernama Zeqriel.
Melihat video itu sangat mengejutkan hati saya. Alhamdulillah Allah lindung baby Zeq.
Dalam pada itu, pelakon drama Tentang Hati ini berkata, dia tidak pernah mempercayai pembantu rumah walau kelihatan baik sekalipun.
Saya tidak akan sesekali tinggalkan anak-anak dengan pembantu. Saya tidak percaya mereka, walau baik macam mana sekali pun.
Terdahulu, pembantu rumah Dr Say didakwa melakukan kekerasan terhadap bayinya itu yang berusia kira-kira 10 bulan.
Menerusi hantaran di Instagram, Dr Say memberitahu, pembantu rumah tersebut merupakan pembantu yang sama ditangkap membawa masuk lelaki ke dalam rumah beberapa bulan lalu.
Sumber: Instagram