berita

Apa Guna Anak-Anak Di Bin Kan Dengan Nama Dia – Rita Rudaini Pertahan Tuntutan Nafkah Tertunggak & Muta’ah Berjumlah RM450,000

September 4th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-09-04 at 12.35.29 PM

Ini lagi satu kes yang dilihat tak henti-henti bikin panas. Huhu.. Apalagi kalau bukan kes tuntutan nafkah anak-anak yang dilakukan oleh aktres jelita terhadap bekas suaminya, Aidil Zafuan.

Lebih mengharu-birukan keadaan, timbul pula desas-desus bahawa Rita sengaja memfailkan beberapa tuntutan yang mencecah sehingga RM450,000 itu dengan niat untuk menganggu kebahagiaan Aidil dan isteri baru kesayangannya, Zarema Zainal.

Malah, dia juga dilabel sebagai wanita yang gilakan duit oleh sesetengah pihak semata-mata kerana ingin mempertahankan hak anak-anaknya.

Screen-Shot-2014-08-17-at-11.46.52-PM

Rita Rudaini dianggap sengaja mahu mengganggu rumahtangga Aidil Zafuan dan Zarema Zainal

“Kalau orang kata saya ni gila duit ke apa, saya rasa semua orang nampak saya kahwin dengan siapa. Kalau betul saya nak duit, dah lama dah saya kejar VIP ker kerabat ke… Saya juga bukan nak kacau kebahagian dia.

Ada yang cakap RM300,000 tu banyak, ada yang cakap sikit. Tapi pada saya, jumlah itu bukan ukuran maruah saya dan anak-anak. Maruah saya dan anak-anak tak boleh dijual beli. Jumlah tu setelah dikira oleh pihak peguam. Dan terpulanglah pada keputusan mahkamah.

Tapi apabila keputusan telah dibuat nanti, kalau saya rasa masih tidak berpuas hati, saya akan tuntut dan perjuangkan lagi hak anak-anak saya.”

Mungkin ada antara anda semua yang tertanya-tanya daripada mana datangnya nilai RM450,000 itu kan? Sebenarnya ia adalah merupakan jumlah nafkah tertunggak sebanyak RM150,000 dan juga nafkah muta’ah sebanyak RM300,000.

“Macam perkahwinan pertama dahulu saya tak tuntut apa-apa sebab saya tidak ada anak. Tapi perkahwinan yang ini, saya dah lahirkan anak-anak dia (Aidil). Saya besarkan anak-anak dia sebaik mungkin.

Tapi bila dia sudah tak mahukan saya lagi, sebagai seorang wanita yang tak pernah minta apa-apa, takkan saya tak boleh tuntut hak anak-anak saya. Apa guna anak-anak di bin kan dengan nama dia.”

Rita juga turut menceritakan bahawa dia pernah cuba untuk memperbaiki hubungan anak-anaknya dengan Aidil, namun usaha itu gagal apabila Aidil seakan-akan mensia-siakan peluang yang diberikan olehnya.

Apapun, kita tunggu sahaja prosiding kes yang akan berlangsung pada bulan ini untuk tuntutan muta’ah,  manakala keputusan tuntutan nafkah pula akan diketahui pada Disember.

Sumber: Malaysian Digest

Kredit foto: Instagram Rita Rudaini

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×