berita

‘Apa Kaitan Dengan Isu Perkahwinan Saya?’ – Teguran Dipertikaikan, Ini Respon Hafiz Hamidun

January 28th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Selepas dilanda kontroversi rumah tangga, Hafiz Hamidun semakin aktif di dalam dunia seni. Baru-baru ini dia ada menegur Fathia Latiff isu komen bunuh diri di live Instagram Iqram Dinzly. Namun, ramai juga netizen yang pertikaikan tegurannya kerana menganggap Hafiz Hamidun tidak layak menegur kerana sejarah rumah tangganya.

Tidak tahan sering dikaitkan dengan kisah kontroversi rumah tangganya, Hafiz Hamidun beri penjelasan. Menurutnya, dia tidak akan berhenti untuk meluahkan pendapat atau nasihat di laman sosialnya.

Teguran itu sebagai peringatan

Apa kaitan antara isu perkahwinan saya yang sudah berlalu, dengan niat baik saya mahu menyuntik kesedaran kepada masyarakat supaya jangan memandang ringan terhadap dorongan membunuh diri?

Teguran itu saya kongsi untuk memberi peringatan, jangan jadikan isu serius terutama bunuh diri sebagai sesuatu yang boleh menjadi gurauan. Banyak lagi perkara lain yang boleh dijadikan bahan lawak.

Terdahulu, Hafiz Hamidun menegur Fathia Latiff isu bunuh diri Iqram Dinzly. Dia memuat naik statusnya itu secara terbuka di laman twitter, namun dihentam netizen. Ramai menganggap teguran Hafiz Hamidun itu terlalu terbuka dan mengaibkan.

Ianya menjadi peringatan kepada saya juga

Ada juga yang menyelar saya kerana menegur rakan artis itu secara terbuka, bukannya melalui mesej peribadi. Gurauan itu dilakukan secara terbuka, jadi saya perlu meluahkan teguran saya juga dengan cara sama supaya mesej itu sampai kepada semua orang.

Lagipun, semuanya berbalik kepada niat, selain pada masa sama ia turut menjadi peringatan kepada saya supaya fikir dulu sebelum membalas komen yang boleh memudaratkan insan lain.

Menurut Hafiz, tindakannya berkongsi peringatan berkenaan untuk dirinya juga. Dia juga tidak akan berhenti meluahkan pendapat atau berkongsi nasihat di laman sosial walau ada yang mempertikai sejarah rumah tangganya.

Katanya, setiap orang berhak memuat naik perkongsian atau melayangkan komen, dan sebagai pemerhati, dirinya juga bebas memberikan maklum balas andai ia bertujuan baik.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×