berita

Apa Komen Selebriti Mengenai Gadis Amuk Peugeot #CDM25?

July 16th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

CDM25

Percaya atau tidak #CDM25 kini sudah jadi trending di laman Twitter! La.. anda tak tahu lagi ke mengenai video Wanita Racist & Kurang Ajar Maki Pakcik Langgar Keretanya?

Okaylah. Bagi mereka yang ketinggalan, video seorang gadis mengamuk sakan kerana keretanya dilanggar kini telah mencetuskan kemarahan para netizens. Mana taknya, siap hempuk kereta orang dengan steering lock lagi!

Dek kerana itu, para selebriti turut meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap gadis tersebut yang dipercayai merupakan seorang pengusaha butik pengantin. Ha...apa kata mereka agaknya ya?

Screen Shot 2014-07-16 at 8.36.07 AM

Paling menarik sekali, Misha Omar menggunakan laman Instagramnya sebagai medium untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap kebiadaban gadis tersebut.

Selain itu,  Harith Iskander dan Fizo Omar turut menyelar tindakan gadis itu yang dilihat turut membangkitkan sentimen perkauman.

Screen Shot 2014-07-16 at 10.06.07 AMScreen Shot 2014-07-16 at 8.45.46 AM

Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, famous lah satu Malaysia. Diharapkan gadis ini bakal membuat permohonan maaf kepada uncle yang cool itu.

Al-maklumlah, profil dirinya sedang diselidik sehingga ke akar umbi oleh para netizens sekarang ni. Silap haribulan, alamat rumah pun mereka boleh trace tauEh. Sebelum itu, nah sindiran paling halusss buat si road bully daripada Ryzal Jaafar.

Screen Shot 2014-07-16 at 9.46.42 AM

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×