berita

‘Apa Kriteria Jadi Menteri Ya?’ – Sharnaaz Ahmad Tegur Menteri Berebut Kuasa

May 20th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Sharnaaz Ahmad

Pelakon kelahiran Pulau Pinang, Sharnaaz Ahmad menerusi satu Instastory di laman Instagram bertanyakan kepada pengikutnya apakah kriteria-kriteria yang diperlukan oleh seseorang itu untuk memegang portfolio sebagai menteri.

Apa kriteria jadi menteri?

Foto: Sharnaaz Ahmad

Ujar pelakon Pontianak Kampung Batu ini, tawaran-tawaran berlakon banyak diberikan kepada ‘pelapis baru’ yang masih mentah berikutan bajet yang terhad yang dikeluarkan oleh pihak produksi .

Aku nak apply lah. Memandangkan job berlakon pun banyak pakai kartun ja. Lani save bajet kan. Aku rasa aku layak.

Pada masa yang sama, dia turut meminta Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh untuk ‘menyerahkan’ daerah tersebut kepadanya dan dia juga sempat memberi teguran terhadap permasalahan yang berlaku di situ.

Hannah, you kasi i Segambut, nanti i roger jinjang u angkat ok. Sini punya jalan lubang pun tarak settle tau ok. Itu lori simen ci*l*k* kasi tumpah simen, depan sekolah Kiara Mas sudah 7 tahun ooo, u mau kasi cukup 10 tahun ka?

Tambah Sharnaaz lagi, rakyat perlu diutamakan dalam apa jua keadaaan walaupun ada dalam kalangan pemimpin yang berebut kuasa.

Instastory Sharnaaz

Sumber: Sharnaaz Ahmad

SKIP THIS AD ×