berita

Apa Nak Jadi? Lagi Artis Ditangkap Kerana Ganja, Kali Ini Giliran…?

February 22nd, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sejak kebelakangan ini banyak cerita mengenai  pengambilan dadah dan ganja yang melibatkan artis dari bidang seni tempatan. Sejak bulan yang lalu, pihak polis telah mendedahkan penangkapan beberapa rakan artis lain bagi membantu siasatan.

Terbaru, pihak polis telah melaporkan penahanan seorang lagi pelakon dan pelawak tempatan di kediamannya sendiri semalam. Bersama-sama penahanan ini pihak polis telah menemui ganja seberat 7.5 gram dan alat menghisap ganja.

‘Botol plastik lutsinar dan ranting disyaki dadah jenis ganja’

Lima anggota menyerbu sebuah rumah di Taman Melati susulan maklumat sebelum menemui seorang lelaki di kediaman berkenaan.

Lelaki berkenaan kemudian mengambil sendiri sebuah beg kain berzip berwarna ungu dari bawah meja di ruang tamu rumah.

Beg berkenaan mengandungi satu botol plastik lutsinar berisi ranting dan daun kering disyaki dadah jenis ganja dianggar seberat 7.5 gram

Menurut laporan daripada portal Berita Harian pelakon lelaki berkenaan menyerahkan sendiri sebuah beg kain berwarna ungu semasa serbuan dijalankan. Beg tersebut mengandungi botol lut sinar berisi ranting dan daun kering dipercayai dadah jenis ganja seberat 7.5 gram. Suspek dipercayai telah mengambil ganja sejak enam bulan lalu.

‘Dapat bekalan daripada lelaki bernama Sapek’

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki berusia 26 tahun itu mendakwa mendapat bekalan dari seorang lelaki yang dikenali sebagai Sapek di Shah Alam, Selangor

Suspek sudah dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Berita Harian hari ini melaporkan bahawa siasatan awal pihak polis mendapati pelakon terbabit mendapatkan bekalan daripada seorang lelaki di Shah Alam dan suspek telah ditahan di Lokap Berpusat Jinjang untuk siasatan lanjut.

Credit: Berita Harian Online

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×