berita

Apa Salah Anjing Itu Kau Cat Warna Hijau?

November 14th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pengguna laman sosial, Shazreen Othuman, berkongsi rasa geram dan marah apabila ada individu yang tergamak mengecat badan seekor anjing dengan warna hijau di Subang Bestari, Shah Alam.

Menerusi laporan Harian Metro, Shazreen terserempak dengan haiwan itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, sebelum memuat naik kisah haiwan tersebut di Facebook.

Seolah-olah ketakutan

Menurut Shazreen, dia memberhentikan kenderaan sebaik sahaja ternampak anjing tersebut berada dalam keadaan yang pelik jika dibandingkan dengan anjing biasa. Tambahnya, anjing tersebut seolah-olah ketakutan semasa dia menghampiri.

Saya ternampak anjing itu ketika sedang memandu untuk pulang ke rumah dan memberhentikan kenderaan di bahu jalan selepas melihat warna badannya yang pelik berbanding biasa. Ketika itu, anjing berkenaan sedang mengorek sampah dan seolah-olah ketakutan selepas saya datang menghampirinya.

Namun, saya sempat mengambil gambarnya dan memuat naik di FB dengan niat meminta bantuan seandainya ada pihak atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang boleh membantu menyelamatkan anjing itu.

Pada masa yang sama, Shazreen turut tidak menyangka bahawa perkongsiannya itu akan menjadi viral dan ramai individu menghantar kiriman mesej untuk membantu anjing berkenaan.

Boleh membawa kesan kepada kesihatan

Menurut Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) Arie Dwi Andika, beliau sudah membuat aduan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk tindakan lanjut. Susulan itu juga, pihaknya sedang melakukan tinjauan di kawasan tersebut. Namun,pelakunya masih belum dikesan.

Mengecat badan haiwan bukan hiburan sebaliknya satu kesalahan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana termasuk dalam kategori penganiayaan yang boleh membawa kesan mudarat kepada kesihatan. Justeru, saya berharap tindakan itu dihentikan bukan saja kepada anjing malah haiwan lain kerana saya perhatian budaya ini semakin menjadi-jadi terutama ketika musim pilihan raya.

Apa yang kita boleh lakukan ialah memanjangkan aduan berkenaan kepada pihak berkuasa iaitu JPV untuk haiwan domestik, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi haiwan liar dan Jabatan Perikanan.

Sebanyak 30 aduan membabitkan penderaan haiwan berjaya diterima oleh Persatuan Haiwan Malaysia bagi tahun ini.

Sumber: Shazreen Othuman & Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×