berita

Apa Salah Kambing Aku?

March 21st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Khairul Amizi

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Khairul Amizi, meluahkan rasa kecewa dan geram apabila kambing peliharaan emaknya telah disimbah dengan menggunakan cat. Bahkan, menerusi foto yang dikongsi telah membangkitkan amarah dalam kalangan warganet.

Walau bagaimanapun, dia masih tidak mengetahui kejadian tidak bermoral itu dilakukan oleh siapa. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kampung Semanyir, Johor. Memang tak patut!

Kambing jadi mangsa

Foto: Khairul Amizi

Ujar lelaki ini, perkara seumpama ini merupakan kali kedua, kambing itu terlepas dari tempat yang sepatutnya. Namun, apa yang menyedihkan apabila kambing ini diperlakukan dengan keadaan yang begitu mengaibkan sekali.

Orang melayu dengan sifat dengki memang tak boleh bawak bincang. Baru sekali dua kambing mak aku terlepas pergi rumah kau, dah kau simbah cat, tape mulut sampai macam gini.

Walaupun, rumah lelaki ini kerap kali menjadi tempat persinggahan lembu mahupun kambing untuk ‘membuang’ namun dia sama sekali tidak pernah berbuat demikian atas sikap ihsan terhadap binatang tersebut.

Yang aku hari hari lembu, kambing entah sesiapa penuh kat depan rumah. Penuh taik apa bagai tak pernah pulak nak buat macam-macam. Haa bereh laa! Hari ni hari kau, tunggu hari aku pulak yaa. Lepas ni Binatang apa pun yang bukan hak milik keluarga aku, penuh depan rumah faham faham lah ya.

Pada masa yang sama, dia turut memberikan amaran kepada individu-individu yang telah bertanggungjawab melakukan kambing emaknya sedemikian rupa.

Respon netizen

Sumber: Khairul Amizi

SKIP THIS AD ×