berita

Apa Sebenarnya Konflik Antara Kila Fairy & Mimi Lana Dalam Drama Romantik Komedi Miss Match Ni?

March 3rd, 2021 | by Syakilla Marzuki
Shout Out!

Bila tengah bosan duduk rumah dan work from home ni memang best kan kalau dapat layan drama kan? Lagi-lagi bila sekarang tengah trending drama terbaru yang berjudul Miss Match.

Drama terbaru bergenre romantik komedi ni, confirm akan buat korang terhibur. Korang ada yang dah tengok ke?

Kila Fairy cari jodoh untuk orang dalam sebuah program?

Mini drama terbaru ini mengisahkan tentang Kila Fairy yang memegang watak sebagai Melissa iaitu penyampai program “Berdua Bersatu,”. Ia merupakan sebuah program pencarian pasangan ideal, alah macam program cari jodoh tu.

Ha…drama ni pun cukup santai tau dan tak peningkan kepala korang. Bila tengok balik, rasa macam dibawa untuk mengikuti perjalanan belakang tabir sebuah program realiti.

Konflik antara Kila Fairy dan Mimi Lana

Kalau korang nak tahu, selain Kila Fairy, gadis cantik tinggi lampai Mimi Lana juga merupakan salah satu watak yang ada dalam drama ni tau!

Mimi Lana memegang watak sebagai Adrea yang merupakan musuh Melissa sejak di bangku sekolah lagi. Suatu hari, Melissa menerima undangan untuk menjadi ahli komiti bagi acara reunion sekolah mereka.

Tapi, Melissa skeptikal apabila perjumpaan tersebut bakal disertai oleh Adrea. Namun, dia mengambil inisiatif untuk berdamai dengan Adrea demi melancarkan tugasan masing-masing.

Selain tu, bimbang jika status Melissa yang masih solo dijadikan bahan jenaka, rakannya Shad dan Iqy bertindak mencari pasangan untuknya.

Pertemuan secara tidak sengaja antara Melissa dan Harris secara tak langsung menjadikan hubungan mereka lebih akrab.

Sejak mereka rapat, Adrea rasa tak puas hati disebabkan Harris merupakan bekas kekasihnya. Adrea yakin bahawa Melissa yang menjadi punca perpisahannya dengan Harris. Tanpa diketahui Melissa, dia kembali menjadi sasaran kepada Adrea.

Korang tau apa si Adrea ni buat? Dia bertindak memalukan Melissa dan mendakwa bahawa Melissa terdesak sehingga sanggup mendapatkan khidmat teman lelaki upahan.

Fuhh…banyak konflik jugak ek? Kalau nak rasa feel lagi, korang memang kena tengok sendiri!

Boleh layan Miss Match di WeTV

Kalau dah pelakon tu hebat semua, drama tu jadi auto best lah! Drama pendek-pendek macam ni lagi membuatkan korang tak bosan nak tengok lama-lama kan?

Jadi, kalau korang terlepas nak tengok, lepas ni boleh je tengok bila-bila masa di aplikasi WeTVPaling best sebab dia free je weh. Korang juga jangan lupa tau untuk saksikan episod 3 & 4 yang akan bersiaran 4 dan 5 Mac nanti pada jam 8 malam.

Selain dari drama ni, banyak je lagi drama lain dekat WeTV. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×