Penyanyi lagu-lagu irama Malaysia, Noraniza Idris mengakui pernah beberapa kali menolak tawaran daripada individu yang ingin mencadangkan namanya supaya dikurniakan gelaran Datuk.
‘Saya bukan orang berjaya’
Foto: Instagram Noraniza Idris
Memetik laporan Kosmo!, Noraniza yang lebih mesra disapa Kak Ani berkata, dia menolak gelaran tersebut kerana merasakan dirinya belum cukup layak untuk menerima gelaran Datuk yang dikurniakan oleh Raja-Raja.
Memang ada beberapa tawaran daripada orang tengah yang mahu mencadangkan nama saya. Tapi saya tolak sebab merasakan diri belum cukup layak.
Apa sumbangan saya? Saya memang tidak boleh terima. Saya bukanlah orang yang berjaya. Kalau ada saya memberi sumbangan besar, itu tidak mengapa.
Tambah pelantun lagu Dikir Puteri itu, dia segan untuk ‘memikul’ gelaran tersebut memandangkan dirinya bukanlah seorang jutawan yang mampu membantu orang lain.
Terkini, Noraniza berada dalam fasa persiapan untuk konsert terakhirnya, Malai Solo yang bakal berlangsung Oktober nanti.
Sumber: Kosmo!