berita

Apa Suplemen Yang Tun Mahathir Ambil Untuk Kekal Sihat & Bertenaga?

May 16th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Semalam viral di laman Twitter menu makan malam Tun Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah yang sangat ringkas. Di atas meja makan tersebut kelihatan hanya beberapa jenis lauk pauk kampung yang menyelerakan.

Selain itu, mata netizen tertumpu kepada kuantiti nasi dan sejenis suplemen yang dipercayai Berocca. Inikah rahsia sihat Tun?

Menu makan malam Tun tarik perhatian

‘Akhirnya, suami isteri Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah menikmati makan malam di rumah. Selamat maju jaya diucapkan kepada mereka’

Mendapat lebih 1.4k retweet dan 2.6k likes, menu makan malam yang ditweet individu ini mendapat perhatian ramai orang. Kebanyakan daripada mereka lebih tertumpu kepada suplemen di sebelah kanan Tun Dr Mahathir. Suplemen apa tu?

Rahsia sihat Tun?

Menurut sumber, suplemen ini dapat membantu untuk anda kekal cergas dan bertenaga. Selain itu, ianya juga dapat meningkatkan ketajaman minda dan mengurangkan keletihan. Di media sosial, suplemen ini mendapat respon yang baik dari orang ramai dan rata-rata mahu mencubanya.

Respon netizen

Di ruangan balas, netizen memberi respon suplemen tersebut adalah sejenis vitamin Berocca untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan. Di dalam satu tablet terdapat pelbagai vitamin untuk kesihatan tubuh antaranya Vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12, Vitamin C, Calcium, Magnesium, dan Zinc. Tak hairanlah Tun masih sihat dan bertenaga meskipun sudah berusia 92 tahun kan?

‘Nasik Tun vs nasik aku’

Sumber : Twitter richardrichli , Asrul Muzaffar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×