berita

‘Apa Yang Korang Tak Puas Hati Sangat?’ – Ude Wahid Terkilan Isteri Dalam Pantang Dimaki Netizen

October 20th, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Pemuzik, Ude Wahid memohon kepada semua pihak agar tidak mengganggu urusan rumah tangganya dengan isteri iaitu Izreen Azminda. Ujar Ude, dia tidak tahu kenapa ramai orang tidak berpuas hati dengan kehidupannya bersama Izreen sehingga ke hari ini.

Aku tak kacau korang pun

Sudah-sudah la korang ni nak ganggu rumah tangga aku. Apa la yang korang semua tak puas hati sangat? Tak boleh ka tengok aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Aku tak kacau korang pun kan. Tak ganggu hidup korang pun kan. Tak habis-habis nak ganggu isteri aku yang dalam pantang. Aku tak faham betul manusia macam ni. Aku tak boleh brain. Stop benda tak berfaedah ni.

Menerusi Instagram Story yang dimuat naik oleh Ude, ada segelintir individu dipercayai masih mengganggu kehidupannya bersama isteri dan anak-anak. Sebagai suami, Ude meluahkan rasa bengang apabila isteri tercinta terpaksa menerima makian dan cacian sepanjang tempoh berpantang kali ini.

Nak dm maki-maki sampai hina anak kami yang tak bersalah ni. Apa dosa budak tu dengan korang semua ya? Bertaubatlah. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua.

Tambah Ude, dia tidak tahu apa salah anak-anaknya sehingga terpaksa menerima pelbagai komen negatif daripada netizen. Terdahulu, Izreen selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 21 September yang lalu. Buat pengetahuan korang, Izreen dan Ude mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Aaron Ibrahim. Izreen turut mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Muhamad Adrian Umar.

Sumber: Ude Wahid

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×