berita

‘Apabila Kamu Marah, Diam’ – Pengguna Twitter Ini Kongsi Nasihat Dari Para Ustaz Berkenaan Isu Cerai

April 25th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Hampir setiap hari kita mendengar cerita tentang kes perceraian berlaku tidak kira sama ada pasangan baru berkahwin atau sebaliknya. Perceraian adalah sesuatu yang halal tetapi dimurkai Allah.

Seorang pengguna twitter yang menggunakan nama Abu Maryam ini berkongsi beberapa nasihat daripada beberapa ustaz yang ditemuinya bagi mengelakkan kes-kes perceraian berlaku terutamanya mereka yang baru berkahwin.

‘Apabila kamu marah, kamu diam’

Pengguna twitter ini mengatakan bahawa dia sering berjumpa dengan beberapa ustaz untuk bertanya mengenai perceraian dan rata-ratanya memberi nasihat agar berdiam diri apabila berada dalam keadaan marah.

‘Tugas suami adalah untuk memberi keselamatan dan buat isteri gembira..’

Dia juga pernah menerima nasihat mengenai perkahwinan daripada Nouman Ali Khan yang merupakan seorang yang berpengaruh dalam kalangan umat islam.

‘Ada sebab kenapa Allah pilih kamu jadi ketua mereka..’

Rata-rata ustaz yang ditemuinya memberi nasihat agar membetulkan diri sendiri dahulu selaku seorang suami agar mudah melentur isteri ke jalan yang diredhai Allah.

‘Kalau ada masalah cari kawan yang dah 10 tahun, 12 tahun kawin..’

Bukan sahaja meminta pendapat dan nasihat daripada para ulama, dia juga sering menjadikan rakan-rakan lain yang terlebih dahulu mendirikan rumahtangga sebagai tempat rujukan. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah dan berkisar tentang kegembiraan semata-mata. Admin harap dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit-sebanyak manfaat kepada pasangan lain diluar sana!

Credit: Abu Maryam

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×