berita

Apabila Suami Cuba Basuh Baju Isteri, Lihat Apa Yang Jadi.. Memang Cuak!

October 31st, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Siapa tak ‘kecut perut’ bila lihat baju yang asalnya berwarna putih tiba-tiba bertukar menjadi merah jambu dan bertompok-tompok? Paling mendebarkan apabila baju tersebut kepunyaan orang lain dan baju paling digemarinya.

Seperti perkongsian lelaki ini di Twitter, dia membasuh baju putih yang baru dibeli isteri bersama sehelai baju berwarna merah. Tanpa disangka, baju berwarna merah luntur warna dan mengenai baju putih!

Campur baju putih & merah

Individu ini meminta pandangan bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Dia secara tidak sengaja mencampurkan baju putih tersebut bersama sehelai baju merah dan sekarang baju putih menjadi merah jambu. Enggan memberitahu isteri terlebih dahulu, dia cuba rendam baju di dalam peluntur seperti yang dicadangkan rakan Twitter.

Peluntur tak menjadi

Malangnya, cadangan mencampurkan peluntur bersama sabun tidak menyelesaikan masalah. Dia segera ke shopping mall berdekatan untuk mencari baju baru sebagai ganti. Nasib baiklah ada!

Ganti baju baru

Paling melucukan apabila baju putih bertompok pink tersebut berbau peluntur yang sangat kuat. Jadi dia terpaksa berterus terang sahaja dengan isteri.

Antara cadangan

Sumber : Adli Amirullah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×