berita

Apakah Sebenarnya Produk Alternatif Bebas Asap? Jom Kongsikan Pandangan Korang Melalui Tinjauan Ini

April 28th, 2023 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Umum mengetahui merokok bukan sahaja merisikokan kesihatan perokok itu sendiri tetapi juga boleh memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling mereka yang terdedah kepada asap rokok terutama sekali kanak-kanak.

Oleh sebab itu, pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi mengekang masalah ini. Contohnya dengan menguatkuasakan larangan merokok di sekitar premis makanan dan mempertimbangkan larangan penjualan tembakau serta produk rokok kepada mereka yang lahir selepas tahun 2005.

Ramai yang mahu cuba berhenti tetapi sukar

Perokok kebanyakkannya sedar akan kemudaratan perbuatan mereka namun sukar untuk berhenti kerana ketagihan kepada nikotin.

Sebab itu, ramai diantara mereka memilih vape atau produk alternatif bebas asap bagi mengurangkan kebergantungan mereka kepada rokok.

Haa.. Sejauh mana agaknya korang tahu tentang produk alternatif bebas asap? Jom ikuti tinjauan mudah di bawah:

Asap hasil pembakaran tembakau punca penyakit berkaitan rokok

Menurut Institut Kanser Kebangsaan (National Cancer Institute), daripada lebih 7,000 bahan kimia dalam asap tembakau, sekurang-kurangnya 250 diketahui berbahaya, termasuk hidrogen sianida, karbon monoksida dan ammonia. Antara 250 bahan kimia berbahaya yang diketahui dalam asap tembakau, sekurang-kurangnya 69 boleh menyebabkan kanser.

Antaranya adalah kerana kandungan tar yang boleh membentuk lapisan melekit pada bahagian paru-paru yang boleh mengakibatkan kanser paru-paru, emfisema atau komplikasi paru-paru lainnya.

Selain itu, pembakaran rokok konvensional juga akan melepaskan gas karbon monoksida. Gas ini berisiko untuk mengikat hemoglobin dalam sel darah merah sekaligus mengurangkan pembawaan oksigen dalam aliran darah.

Produk alternatif pula tidak membakar sebarang tembakau. Oleh itu, produk-produk tersebut tidak membebaskan sebarang asap – itulah perbezaan yang paling ketara antara rokok biasa dengan produk alternatif.

Kebanyakan produk alternatif, contohnya seperti e-rokok dan vape, membebaskan wap bernikotin. Produk tembakau yang dipanaskan pula cuma memanaskan tembakau sehingga 350 darjah celsius dan hanya membebaskan wap bernikotin.

Meskipun produk alternatif masih mengandungi nikotin namun korang tak perlu risau sebab nikotin ini sebenarnya berasal daripada keluarga tumbuhan nightshade dan hanya akan menyebabkan ketagihan tetapi tidak menjadi punca penyakit berkaitan rokok.

Jadi boleh dikatakan produk alternatif seperti e-rokok, vape dan produk tembakau yang dipanaskan adalah salah satu produk gantian yang kurang memudaratkan terutama sekali bagi mereka yang merancang untuk berhenti merokok.

Nak tahu akan hasil tinjauan kami mengenai produk bebas asap? Kena lah tunggu artikel seterusnya!

SKIP THIS AD ×