berita

‘Apalah Perasaan Ibu Bapa Bila Tengok Anak Membesar Jadi Loser’- Respon Sinis Ahmad Idham

September 6th, 2017 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Nama Ahmad Idham tidak asing lagi dikalangan peminat industri hiburan tanah air. Dari menjadi pelakon utama dahulu sehingga lah dia menjadi pengarah filem dalam usaha untuk menaikkan lagi kualiti perfileman di Malaysia. Beberapa minggu lepas, filem Pencuri Hati Mr. Cinderella telah pun ditayangkan di pawagam.

Namun hasil kutipan dari filem tersebut amat mengecewakan, tidak sampai RM100, 000. Ada sesetengah pihak mempersoalkan tentang kualiti skrip serta poster filem PHMC. Jadi, ini respon dari tuan pengarah sendiri iaitu Ahmad Idham.

Filem tak dapat sambutan disebabkan masalah ekonomi?

Filem Pencuri Hati Mr. Cinderella (PHMC) telah tamat ditayangkan di pawagam minggu lalu. Tapi filem arahan Ahmad Idham tidak mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton. Selain dari itu, ramai juga mempersoalkan lakaran poster filem itu.

Menurut Ahmad Idham lagi, filem PHMC juga telah mendapat respon baik kerana ia bukannya sekadar kisah romantis biasa yang pernah ditayangkan sebelum ni dan dia menyifatkan kegagalan hasil karyanya mungkin kerana masalah ekonomi kini yang tidak menentu.

Ini respon Ahmad Idham

Selepas komen diterima dari pengguna laman sosial media mengenai isu itu, Ahmad Idham telah mengeluarkan kenyataan seperti di atas. Takpe lah Ahmad Idham, gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya. Betul tak?

Sumber: Twitter Ahmad Idham

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×