berita

‘Apalah Sangat Penat Hari Ini, Bila Adanya Isteri Yang Tahu Menghargai’- Da’i Wan

June 5th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pendakwah bebas, Da’i Wan Dazrin menasihati golongan isteri agar terus menghargai suami masing-masing dalam menjalankan peranannya sebagai ketua keluarga. Di Instagram, Da’i Wan memberitahu masih ramai lagi lelaki di luar sana yang cuba menjadi suami terbaik biarpun mereka mungkin tidak mampu dan menjadi seromantis Ustaz Ebit Lew.

Saya urus semua tentang anak

Memang tak semua suami mampu menjadi seperti Ustaz @ebitlew tapi ketahuilah masih ada suami di luar sana yang telah cuba sebaiknya menjadi suami yang terbaik untuk keluarganya. Maka hargailah suami masing-masing walaupun dia bukan sepenyayang dan seromantis Ust @ebitlew yang kita kasihi. Saya bersyukur @syahirah_zamzari benar-benar memahami penat saya di rumah menjaga anak walaupun dia penat bekerja di Hospital merawat manusia. Setiap hari dia akan tanya, saya dah makan dah dan cerita saya pada dia tiap hari juga akan sama. Saya akan bertempur dengan Aleesa kalau saya nk makan nasi. Sebab Aleesa akan menangis sepenuh hati dia bila nampak saya makan.

Jadi terkadang, saya tak jadi makan. Saya timang, main dengan dia, dukung, bawa jalan keliling rumah, dan macam-macam cara hinggalah berjaya tidurkan dia, baru saya akan dapat jamah makan. Pernah hari tu, saya sarapan pagi jam 5.30 petang. @syahirah_zamzari called saya, tanya dah makan ke, saya kata belum, jaga Aleesa sampai tak makan. Lepastu dia kata, dia pun tak makan apa-apa lagi di Hospital. Saya terdiam. Di belakang Handphone, saya kata dalam hati, tak pelah, isteri aku lagi susah, saya tekad untuk memahami.

Tersenyum dalam kepenatan


Bukan tak boleh hantar pengasuh, tapi daripada awal Aleesa dalam kandungan, daripada itulah sudah mula terasa di hati untuk memberikan yang terbaik sebagai seorang suami dan ayah. Hanya ibu bapa yang telah berpengalaman akan benar-benar faham macam mana rasanya menjaga anak di awal usia 1-6 bulan, kata mereka nanti dah 6 bulan ke atas akan ada cabaran baru pula, demamlah dan sebagainya.

Sebagai suami, saya nak tunjukkan pada kalian, betapa pentingnya menghargai dan bekerjasama satu sama lain. Penat masing-masing itu perlu dihargai sesama dengan cuba tolong, cuba ringankan, mcm hari ni. Syahirah called saya tadi, dia kata dia dah belikan Burger Favourite saya, saya tersenyum di belakang Handphone, saya kata dalam hati: ‘Apalah sangat penat hari ni, bila adanya isteri yang tahu menghargai seadanya.’ Saya tersenyum dlm kepenatan walau tak mampu menjadi sehebat dan idola suami org ramai iaitu Ust @ebitlew yang kita kasihi. Tetapi kami, para suami, tetap akan mencuba yang terbaik untuk keluarga walau tak mampu menjadi sebaik yang lain.

Sumber: Da’i Wan Dazrin 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×