Baru setahun dalam industri lakonan, pelakon Apich Lo meluahkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk membintangi filem Pontianak 200KG.
Artikel Berkaitan: Pontianak 200KG Sambung Legasi Pontianak Malaysia Selepas 20 Tahun!
Pengalaman pertama berlakon filem
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, pemilik nama Ahmad Fadzlullah Narudin ini berkongsi pengalaman pertamanya dalam dunia perfileman. Menurut Apich, dia berasa sangat teruja dan gementar kerana diberi peluang oleh TV3, Alternate, dan MIG untuk meneroka bakatnya di layar perak.
Ini pengalaman pertama saya. Perasaan gementar itu sudah semestinya ada terutama apabila diberi kepercayaan berlakon dalam filem seperti ini. Saya rasa ‘cringe‘ tengok lakonan saya. Kalau lihat babak saya dalam filem ini, saya sendiri rasa tak puas hati dan rasa boleh perbaiki lagi di masa akan datang.