berita

Aplikasi Ni Mudahkan Korang Pantau Perbelanjaan, Buat Tabung Simpanan Dan Macam-Macam Lagi!

July 23rd, 2021 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Sejak PKP dilaksanakan, kita memang lebih banyak habiskan masa di rumah. Sampaikan bil eletrik, internet dan telefon kadang-kadang dah melonjak naik melebihi kebiasaan apa yang biasanya kita guna sebelum ni.

Tu belum lagi dengan segala tawaran istimewa yang ditawarkan peniaga online sekarang, memang susah nak tahan diri dari membeli. Tahu-tahu barang dah sampai ke rumah je kan?

Haa.. dalam pada seronok membeli-belah tu ada yang tak sedar sebenarnya korang dah terlebih belanja! Bila semak balik penyata setiap bulan tu barulah perasan korang berhabis sakan shopping online rupanya. Aiyoo.. Nak menyesal pun dah tak guna yaa..

Seeloknya pada waktu kritikal sekarang ni kita kena kawal perbelanjaan dan fokus untuk menyimpan buat masa-masa kecemasan. Tetapkan sejumlah wang untuk dibuat belanja, dalam sebulan kemudian pantau perbelanjaan korang dengan kerap supaya tak melebihi jumlah yang dah ditetapkan.

Jika berkemampuan, asingkan juga sebahagian wang untuk dijadikan simpanan. Tak adalah nanti sampai terpaksa meminjam pula bila ada hal yang memerlukan korang untuk keluar duit lebih. Sediakan payung sebelum hujan guys..

Biar kami kongsikan satu aplikasi yang boleh bantu korang untuk pantau perbelanjaan dan menyimpan wang dengan mudah!

MAE ada pelbagai fungsi menarik yang memudahkan pengguna!

MAE adalah aplikasi daripada Maybank2u yang hadir dengan ciri perbankan lengkap. Senang kata, semua kemudahan asas yang ada pada Maybank2u boleh juga didapati pada aplikasi ni.

Tapi dia lagi istimewa sebab ia dilengkapi fungsi tambahan seperti ‘Expenses’ yang membolehkan pengguna untuk pantau setiap perbelanjaan mereka secara terus. Dekat sini, MAE akan tunjukkan korang guna duit korang untuk apa dan berapa banyak  jumlah keseluruhan dah dibelanjakan sepanjang bulan tersebut.

Kredit foto: Says

Selain tu, ada juga tabung untuk penjimatan wang secara automatik. Haa.. Senang kan? Korang hanya perlu tetapkan berapa banyak yang korang nak simpan setiap bulan kemudian MAE akan buat potongan terus dan jadikan ia sebagai simpanan.

Antara fungsi lain yang tersedia adalah ‘Scan & Pay’ bagi memudahkan pengguna membuat pembelian dengan pantas tanpa sebarang kontak fizikal. Nak bayar bil dan tambah nilai pun tak ada hal! Semua boleh buat melalui MAE.

Dan ada macam-macam lagi fungsi menarik yang boleh korang manfaatkan. So geng-geng yang dah ada akses Maybank2u tu apa lagi? Jom lah muat turun MAE sekarang!

Ganjaran hebat menanti pengguna MAE

Guna fungsi ‘Scan & Pay’ untuk peluang menangi pulangan tunai sebanyak RM5 setiap hari!

Caranya senang je, korang hanya perlu melakukan transaksi berjumlah RM10 di mana-mana 250,000 pusat pembelian terpilih dari 22 Jun sehingga 22 Ogos 2021.

Lepas ni kalau nak tapau makan dekat KFC, McD atau beli milk tea Chatime jangan lupa guna MAE! Atau beli barang-barang di KK Mart, Mydin, Guardian, Watson dan banyak lagi. Korang berkesempatan menerima sebanyak RM5 sekali untuk setiap hari sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Semak dahulu senarai penuh peniaga di SINI sebelum membuat pembelian.

Lakukan transaksi pembayaran bil atau tambah nilai melalui aplikasi MAE sebanyak dua kali seminggu dengan pembayaran minima RM20 per transaksi dan korang mungkin bakal jadi yang bertuah untuk menang pulangan tunai RM10 setiap minggu!

Korang ada peluang untuk menang pulangan tunai ni berulang kali! Dengar cerita, setiap pengguna diberi peluang sehingga 9 kali. Bayangkanlah kalau korang dapat pulangan tunai RM10 selama 9 minggu! Dah jadi RM90! Seronok!

MAE juga nak bagi Sony PlayStation®5, iPhone 12 Pro Max serta baucar Shopee bernilai RM3,600 untuk 6 orang pelanggan bertuah mereka! Takkan korang tak nak kot kan?

Syaratnya, korang perlu lakukan pembayaran bil atau tambah nilai sebanyak RM20 dalam 18 transaksi berlainan. Kiranya, korang perlu lakukan minima 2 transaksi setiap minggu.

Hadiah bonus pun ada untuk korang yang tambah nilai kredit telefon sebanyak 18 kali (2 kali setiap minggu) sepanjang tempoh kempen. 20 orang yang bertuah akan dipilih secara rawak untuk membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000! Korang boleh dapatkan maklumat lanjut dekat SINI.

Best kan geng? Korang yang bukan pelanggan Maybank, jangan sedih. Korang hanya perlu muat turun aplikasi MAE dan daftarkan diri dengan percuma!

Dengan setiap pendaftaran baru sehingga 22 Ogos 2021 korang layak menerima RM8! Untuk info lanjut mengenai kempen pulangan tunai MAE silakan ke laman web rasmi mereka di SINI.

Aplikasi MAE tersedia untuk di muat turun melalui Google Playstore dan Apple App Store.

SKIP THIS AD ×