Kadang-kadang kita rasa malas nak keluar kereta, nak pergi ke kaunter untuk membayar minyak kan. Tapi, apa kata kalau min bagitahu korang ada cara lebih senang tanpa perlu ke kaunter?
Sambil korang menunggu tangki minyak kereta korang penuh, korang juga boleh dapatkan pelbagai jenis ganjaran menarik yang disediakan dalam aplikasi Shell ini.
Sebagai pengguna setia Shell, min ingin kongsikan satu rahsia tapi korang kena cepat-cepat download aplikasi Shell ini dulu!
Isi minyak tanpa perlu keluar kereta!
Kita ni kalau boleh semua benda nak cepat dan senang kan? Haa aplikasi Shell ini boleh buat kehidupan korang 100% lebih smooth daripada biasa!
Korang boleh skip beratur panjang-panjang dekat kaunter dan hanya duduk dalam kereta, buka telefon, klik klik dan dah boleh bayar untuk minyak.
Bukan itu sahaja, korang juga boleh track fuel expenses dari aplikasi Shell ini dengan hanya tekan download atau hantar e-resit pada email korang.
Kalau korang dah ada kemudahan seperti ini tetapi masih ragu-ragu untuk menggunakannya, percayalah, korang sebenarnya melepaskan peluang yang besar!
Kumpul & tebus mata ganjaran!
Sebagai rakan kongsi Shell, ahli BonusLink sedia ada boleh terus menghubungkan akaun mereka dengan aplikasi Shell.
Bagi individu yang belum menjadi ahli BonusLink, jangan risau, kad digital BonusLink yang baru khusus untuk korang akan dibuat.
Lepas korang dah ada aplikasi Shell dan dah jadi ahli BonusLink, barulah korang dapat kumpul BonusLink point untuk setiap pembelian di Shell!
Bila korang bayar minyak di Shell, korang akan dapat mata BonusLink secara automatik dalam aplikasi Shell tanpa perlu pakai kad BonusLink fizikal. Easy kan?
Bukan hanya untuk isi minyak je tau, tetapi kalau korang shopping dalam kedai Shell Select pun boleh dapat mata ganjaran!
Inilah rahsia min nak bagitahu tu!
Dengan mata ganjaran yang korang kumpul korang juga mempunyai fleksibiliti untuk memilih dan menebus tawaran terhad seperti diskaun, promosi, dan pelbagai lagi manfaat menarik.
Cuba bayangkan, tak perlu lagi keluarkan duit tunai untuk minyak, guna je mata ganjaran untuk bayar. Bukan ke lagi menjimatkan duit korang?
Korang tak perlu kad fizikal pun untuk tebus apa-apa ganjaran sebab semuanya ada di dalam aplikasi Shell dengan tunjuk je QR kod di kaunter. Mudah, selamat, berbaloi!
Cari Stesen Minyak dengan Lebih Mudah dan Pantas!
Nak perjalanan korang lagi mudah? Aplikasi Shell ini membantu untuk cari stesen minyak yang berdekatan dengan kemudahan lain seperti stesen yang disokong oleh aplikasi Shell, surau, servis tukar minyak dan pelbagai lagi.
Selepas memilih stesen minyak yang sesuai korang boleh lah teruskan destinasi tanpa masalah dan ragu-ragu!
Tunggu apa lagi cepat download aplikasi Shell sekarang! Google Play atau Apple App Store. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari website Shell.