Personaliti media sosial, Aqil Zulkiflee meluahkan rasa terharu apabila video-video yang dihasilkannya menjadi hiburan untuk kanak-kanak.

Artikel Berkaitan: ‘Ada Mak Cik Tak Dikenali Tiba-Tiba Cium Ayana’ – Aqil Zulkiflee Larang Sentuh Anak Tanpa Kebenaran

Artikel Berkaitan: ‘Yang Buruk Saya, Ibu Bapa Tidak Pernah Salah’ – Aqil Zulkiflee Kecewa Disalahkan Kerana Roblox?

Hiburan kanak-kanak

Menerusi perkongsian di Threads, Aqil berasa senang hati kerana video yang dihasilkan menerima sambutan luar biasa terutama pada kanak-kanak yang telah kehilangan orang tersayang.

Dalam masa yang sama, Aqil mengambil kesempatan tersebut untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam setiap kandungan yang dihasilkan agar dapat memberi manfaat.

Salah satu sebab kenapa aku takkan stop buat video.

Video aku memang untuk hiburan je, sama macam kita dulu-dulu tengok kartun.

Tapi bila makin ramai budak-budak tengok, aku cuba selit sikit zikir, suruh solat, dengar cakap ibu bapa dan baca doa ringkas.

Ya, video aku tak sempurna tapi aku seronok bila dapat gembirakan budak-budak terutama yang sudah kehilangan orang tersayang.

Kehilangan ibu

Bercerita lanjut, Aqil berkata, dia tidak akan pernah lupa apabila dirinya menjadi sumber keceriaan kepada tiga orang kanak-kanak yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta.

Seorang ayah bawa tiga orang anak dia semasa aku sedang menjual corndog.

Dia menangis depan aku dan ucap terima kasih kerana hiburkan anak-anak dia sejak kehilangan ibu mereka.

Ayah dia kata anak-anak tak pernah senyum sejak itu, tapi semua mula ketawa bila tengok video-video aku.

Sumber: Threads