Personaliti media sosial, Aqil Zulkiflee mendapat perhatian warganet apabila dia berkunjung ke sebuah hospital demi menunaikan hasrat seorang peminat cilik.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Masuk Dua Bulan, Aqil Zulkiflee Sambut Di Hotel Mewah – ‘Dia Sebenarnya Meraikan Yang Melahirkan’

Artikel Berkaitan: Aqil Zulkiflee Terharu Video Jadi Pembawa Senyuman Buat Kanak-Kanak Kematian Orang Tersayang – ‘Salah Satu Sebab Kenapa Aku Takkan Berhenti’

Beri kejutan

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, Aqil berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya sedang melawat kanak-kanak tersebut di sebuah pusat rawatan.

Menurut Aqil, kanak-kanak yang dikenali sebagai Ryan itu sebelum ini berhasrat untuk berjumpa dengannya. Justeru, Aqil meluangkan sedikit masa untuk menyantuni dan memberi kejutan kepadanya.

Adik Rydan ini baru buat kemoterapi, katanya nak sangat jumpa Aqil.

Kita pun bagi kejutan untuk dia. Alhamdulillah, gembira sangat dia walaupun sekejap sahaja jumpa.

Dalam masa sama, Aqil juga mendoakan agar Ryan sembuh dari penyakit yang sedang dialaminya.

Semoga adik Rydan kuat selalu, semoga Allah pulihkan segala penyakit dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.

Netizen sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat momen Aqil bersama kanak-kanak tersebut.

Sementara itu, warganet juga memuji dan menghargai tindakan Aqil yang sudi memenuhi permintaan Ryan.

Sumber: Threads