Baru-baru ini bintang filem Aquaman, menerusi laman akaun Instagram, Jason Momoa dan isterinya yang telah berkahwin sejak 2017 itu mengesahkan bahawa mereka telah bercerai.
Mengambil keputusan untuk bercerai
Menerusi hantaran di Instagram Jason, seperti rata-rata pasangan yang sudah berumah tangga, mereka berdua juga tidak terlepas berdepan dengan perubahan dalam perkahwinan mereka.
Kita semua berdepan dengan pelbagai perubahan dalam tempoh masa penuh dugaan ini. Banyak perubahan berlaku dan keluarga kami jugak tidak terlepas daripada berdepan pelbagai perubahan itu.
Jadi kami ingin kongsikan satu berita bahawa perkahwinan kami kini sampai di penghujungnya.
Tambahnya lagi, dia berkongsi tentang perkara tersebut bukan kerana mempunyai nilai berita, namun mereka tetap akan meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun dia dengan Lisa bukan lagi pasangan suami isteri.
Kami kongsikan perkara ini bukan kerana kami rasa ia ada nilai berita. Bagaimanapun, kami akan teruskan kehidupan kami dengan bermaruah serta jujur.
Dia turut menyatakan bahawa hubungan kekeluargaan mereka masih lagi berterusan seperti biasa, tetapi ianya berkembang dengan cara yang berbeza.
Rasa cinta kami sekeluarga masih berterusan, cuma ia berkembang dengan cara lain dan akan terus hidup. Kami bebaskan satu sama lain untuk menjadi diri sendiri.
Sumber: Prideofgypsies