Sebelum ini negara kita digemparkan dengan berita kematian Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, komando dari pasukan 11 Rejimen Gerak Khas yang maut selepas tertembak semasa sesi demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.
Berikutan dengan kejadian itu, bapa Allahyarham, AR Badul tampil dengan keputusannya yang mahu inkues dijalankan terhadap kematian anaknya bagi mengetahui punca sebenar kejadian tersebut.
Tarik balik niat mahu membuat inkues
Menerusi Harian Metro, AR Badul telah menarik semula desakan inkues tersebut selepas memahami kronologi kejadian itu seperti yang telah diterangkan oleh pengurusan kanan Tentera Darat Malaysia (TDM).
Saya dengan seikhlas hati batalkan niat mahu membuat inkues itu kerana mendapat jaminan nasib cucu iaitu Ebal Zulkarnain, 9, Remy Iskandar, 8, dan Izzul Zakly berusia enam bulan terjaga dengan baik.
Tambahnya lagi, apa yang paling penting adalah masa depan balu dan anak-anak arwah terjaga seperti kebajikan dan pendidikan mereka pada masa akan datang.
Sebagai datuk, penting untuk saya memastikan masa depan mereka terus terbela hingga dewasa.
Jika gagal, kebajikan dan pembelaan akan hilang
Menurut AR Badul, selepas pertemuan bersama pegawai tertinggi TDM, dia telah mengambil jalan tengah dan membuat pertimbangan yang wajar buat masa depan cucunya.
Mengikut penerangan diberi, jika di pihak anak saya gagal dalam inkues itu maka segala kebajikan dan pembelaan buat cucu akan hilang.
Bagaimanapun, jika kejadian berkenaan didapati berpunca daripada kecuaian individu yang tertembak arwah anak saya itu, nasibnya juga akan terjejas.
Sementara itu, bapa Allahyarham turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang bermurah hati memberi sumbangan kepada keluarga arwah.
Sumber: Harian Metro, Berita Harian