Prihatin dengan kejiranan rumah, penyanyi Ara Johari memilih untuk bersuara kerana risau dengan nasib anak jiran di tingkat atas.
Ingat rumah tu gelanggang wrestling ke?
Dakwa Ara, 24, anak jirannya telah dimarahi serta dipukul sehinggakan kedengaran bunyi jeritan dan tangisan.
Kata pemilik nama Nurfarrah Izzatie, sebelum ini jiran tersebut pernah membuang sampah ke kawasan balkoni rumahnya namun dia masih boleh memaafkan.
Hi jiran atas, saya tak kisah awak nak pukul anak atau marah anak. Tapi teruk sangat tu awak belasah anak tu. Awak ingat rumah awak tu gelanggang wrestling ke?
Fikirlah jiran bawah sikit. Sampai ke bawah dengar bising gila. Sebelum ni hang lempar sampah plastik semua pergi bawah sampai masuk balkoni rumah aku, aku masih boleh pertimbang lagi.
Lepastu tiap hari sampai pukul 3, 4 pagi bunyi orang berlari kat atas aku boleh maafkan lagi.
Tapi sekarang ni macam dah tak boleh nak maafkan dah ni. Teruk sangat pulak kau pukul anak kau. Masalah keluarga ni sis malas campur. Tapi sis nak jadi jiran prihatin jap.
Itu bukan cara nak ajar anak
Khuatir dengan nasib anak yang didakwa dipukul, pelantun lagu Bunga menghubungi pegawai keselamatan dan pemeriksaan ke rumah tersebut telah dilakukan namun tidak mendapat kerjasama.
Bagaimanapun, anak kelahiran Negeri Sembilan ini tidak teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya situasi sama berulang.
Pengawal keselamatan dah pergi check sebab takut anything happened. Tapi pengawal keselamatan cakap jiran tersebut enggan membuka pintu walaupun loceng telah ditekan beberapa kali.
Kita tengok lagi dua atau tiga hari. Kalau berulang lagi, kita akan hubungi pihak berkenaan (berwajib) sebab mengganggu ketenteraman.
Kita tak tahu dia pukul atau dera anak dia, apa yang Ara tahu owner rumah cakap anak dia memang nakal. Tapi itu bukan cara nak ajar anak, itu ja Ara boleh cakap. Siapa yang ada anak tu jangan la pukul anak.
Sumber: Instagram @arajohari