Susulan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, arahan bekerja dari rumah (work from home) akan dikuatkuasakan bermula 13 hingga 26 Januari 2020 bagi sektor perkhidmatan yang tidak disenaraikan sebagai essential services.
Artikel Berkaitan: Kedai Makan, Gerai Penjaja Hanya ‘Take Away’ Sepanjang PKP
Artikel Berkaitan: ‘PKP Di 6 Negeri Bermula 13 Januari 2021 ‘ – Perdana Menteri
Menerusi pengumuman itu, semua majikan perlu mematuhi arahan ini bagi mengurangkan pergerakan di dalam komuniti, terutamanya di kawasan yang berkepadatan tinggi. Menurut Perdana Menteri, hanya langkah ini dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 di tempat kerja.
Mana-mana majikan yang melanggar SOP dan menyebabkan berlakunya penularan jangkitan Covid-19 di tempat kerja, tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang termasuk menutup premis berkenaan.
Bagi sektor ekonomi, kerajaan telah mengenal pasti lima sektor yang dibenarkan beroperasi dan dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu (essential economic) iaitu pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi.