
Penyanyi dan pelakon terkenal Hollywood, Ariana Grande mengumumkan bahawa siri jelajah Eternal Sunshine 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya dalam dunia konsert untuk sementara waktu.
Artikel Berkaitan: Ariana Grande Fail Cerai Selepas Beberapa Bulan Berpisah
Artikel Berkaitan: Lelaki Cuba Peluk Ariana Grande Dipenjara 9 Hari
Ariana Grande umum ‘berehat’
Dalam temu bual bersama Amy Poehler di podcast Good Hang pada 18 November, penyanyi berusia 32 tahun itu berkata siri jelajah tersebut merupakan momen istimewa yang ingin dirai sebelum mengambil langkah besar dalam hidup dan kerjayanya.
Ini akan menjadi momen yang indah dan saya amat bersyukur. Saya rasa inilah ‘one last hurrah’ saya buat sementara waktu.
Walaupun tidak mendedahkan butiran lanjut, Ariana menegaskan bahawa ini mungkin menjadi siri jelajah terakhirnya untuk tempoh yang lama.
Hal ini kerana dia ingin memberi tumpuan kepada bidang lain selain muzik.
Saya banyak menghabiskan masa hanya dengan muzik pop tetapi saya membesar sebagai seorang gadis yang menyukai teater muzikal dan komedi.
Jadi saya rasa apa yang terbaik untuk jiwa saya, seni saya, dan apa yang saya berikan untuk diri sendiri adalah jika saya mengejar perkara yang terasa tepat pada saat itu.
Walaupun nampak biasa, ia perlu sesuatu yang berbeza.
Selain itu, Ariana mengakui bahawa kehidupannya pada masa hadapan akan berbeza berbanding 15 tahun kebelakangan ini, yang dipenuhi dengan jadual kerjaya seni yang padat.
Dalam perkembangan lain, Ariana kini sedang menjalani penggambaran sebuah filem bersama barisan pelakon hebat yang lain.
Selain itu, selepas tayangan perdana filem Wicked: For Good, Ariana Grande dijadualkan kembali berlakon dalam siri American Horror Story Musim ke-13 arahan Ryan Murphy.
Sumber: The Express