
Hantaran penyanyi dan pengacara, Aril Pilus menyorot perhatian ramai apabila dilihat menziarahi sahabatnya, Hafiz Suip yang baru kehilangan ibu tercinta di Kuching, Sarawak.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Boleh Lawan Takdir’ – Aril Pilus Reda, Isteri Terpaksa Buang Rahim Selepas Bersalin
Artikel Berkaitan: Aril Pilus Timang Cahaya Mata Kedua, Syukur Isteri Selamat Jalani Pembedahan Buang Rahim
Sahabat

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus dilihat bersama rakan selebritinya yang lain iaitu Hazama dan Akim Ahmad di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Menatap Matamu’ menitipkan doa buat arwah ibu Hafiz agar ditempatkan bersama golongan orang beriman.
Alhamdulillah selesai jumpa Hafiz Suip.
Rezeki kami dapat turut serta tahlil yang ketujuh semalam.
Tiada apa yang dapat kami ungkapkan selain ucapan takziah dan doakan yang terbaik untuk Hafiz dan keluarga.
Mujur ada penglipurlara Hazama dan Akim untuk menceriakan sedikit suasana.
Terima kasih sebab sudi layan kami di Kuching, Sarawak.
Semoga Hafiz tabah menghadapi ujian Allah dan semoga roh arwah ibu Hafiz ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji hubungan persahabatan empat penyanyi itu yang dilihat akrab walaupun tidak kerap berjumpa. Selain itu, warganet menitipkan doa buat Hafiz agar dikuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan.
Sumber: TikTok @Arilpilus






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
