Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus meluahkan rasa syukurnya selepas menimang cahaya mata yang kedua pada pagi Isnin.
Artikel Berkaitan: Fad Bocey Luah Rasa Syukur, Isteri Selamat Bersalin Anak Kelima – ‘Nanti Kami Kongsi Gambar Baby’
Buang ketumbuhan pada rahim
View this post on Instagram
Berita baik itu dikongsikan Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Assalamualaikum, syukur atas kurniaan Allah SWT. Isteri saya selamat melahirkan baby manja jam 10:20 pagi Isnin, Alhamdulillah.
Walau bagaimanapun, pelantun lagu Menatap Matamu itu memaklumkan bahawa isterinya, Puteri Erma Edlinda terpaksa dimasukkan ke dalam bilik pembedahan sekali lagi bagi menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan (fibroid) yang melekat di bahagian servik dan rahim.
Walau bagaimanapun, keadaan isteri saya masih belum dalam keadaan baik, kesan daripada pendarahan yang tak berhenti akibat daripada ketumbuhan (fibroid) yang melekat di bahagian servik dan rahim menyukarkan proses untuk pendarahan berhenti.
Setelah mendapat nasihat daripada Doktor, isteri saya sekali lagi dimasukkan kedalam bilik pembedahan untuk proses pembuangan fibroid dan rahim.
Selamat jalani pembedahan
Sementara itu, penyanyi berusia 37 tahun itu meluahkan rasa syukur selepas isterinya itu selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian rahim menerusi hantaran di Instagram (IG) Story.
Alhamdulillah, pembedahan telah selesai. Kini, isteri saya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) untuk dipantau kondisinya.
Setakat ini, keadaan isteri saya stabil walaupun kehilangan banyak darah sewaktu pembedahan.
Dalam pada itu, Aril menjelaskan bahawa terdapat 3 ketul ketumbuhan fibroid yang menjadi punca kepada pendarahan yang tidak berhenti selepas melahirkan anak.
Untuk pengetahuan semua, isteri saya mempunyai tiga ketul fibroid dan satu yang paling mengganggu pengecutan rahim selepas bersalin.
Oleh sebab itu, pendarahan tidak berhenti dan akhirnya doktor membuat keputusan untuk membuang rahim isteri saya.
Di akhir hantarannya itu, Aril memohon doa orang ramai agar segala urusan isterinya selepas menjalani pembedahan dipermudah.
Sekadar info, Aril dan Puteri Erma mendirikan rumah tangga mereka pada 20 Disember 2013 yang lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Tun Adriel Mikael, 8.
Sumber: Instagram