Syarikat pengurusan Armani Entertainment Sdn Bhd memfailkan saman terhadap pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang.
Artikel Berkaitan: Jovian Gagal Bayar ‘Friendly Loan’, Mahkamah Tinggi Arah Bayar RM10 Juta Kepada Dua Syarikat
Bayar RM500,000
Ketika ditemui OhBulan!, CEO Armani Entertainment Sdn Bhd iaitu Dato KK Chua memaklumkan pihaknya akan menuntut wang berjumlah RM500,000 daripada Michael kerana telah melanggar kontrak yang telah ditandatangani pada 1 Oktober 2021.
Kami sudah bayar kepada Michael Ang RM500,000; RM250,000 secara tunai dan RM250,000 untuk sumbangan renovasi rumahnya di Desa Park yang direkod dalam show ‘Fix It Til You Make It’.
Jelasnya lagi, tuntutan itu dibuat berikutan Michael gagal melaksanakan tanggungjawab yang telah termaktub dalam kontrak tersebut.
Antaranya adalah mendapatkan sekurang-kurangnya empat pelakon dari Armani Entertainment sebagai watak utama dan 6 pelakon pembantu dalam drama yang dihasilkan Michael Ang.
Memasukkan lagu Armani Entertainment sebagai original soundtrack OST dalam drama yang dihasilkan Michael Ang.
Michael Ang perlu mendapatkan 20 orang talent untuk dijadikan artis naungan Armani Entertainment.
Disebabkan tidak dapat memenuhi perjanjian dan enggan memulangkan wang, Michael meminta agar diberikan peluang kedua.
Selepas perjumpaan kedua, maka kami sign satu supplemental agreement pada tarikh 2 September 2022.
Menurut Chua, antara tanggungjawab yang dipersetujui kedua-dua pihak adalah dengan memulangkan wang berjumlah RM50,000 kepada Armani Entertainment sebelum 15 September 2022.
Dalam kontak kedua, Michael bersetuju membawa artis naungan Armani Entertainment diberikan peranan pelakon pembantu watak utama lelaki atau wanita dalam drama yang akan datang terbitan Michael.
Memasukkan sekurang-kurangnya 10 buah lagu terbitan Armani Entertainment dalam drama yang dihasilkan Michael.
Membawa masuk projek berjumlah RM50,000 kepada Armani Entertainment dari segi endorsement, kempen atau sebagainya.
Selain itu, Michael Ang juga gagal memberi jaminan untuk membawa masuk seorang artis naungan Armani Entertainment untuk menyertai dua pertandingan program realiti stesen televisyen terkenal.
Walau bagaimanapun, Michael Ang hanya memenuhi beberapa perjanjian sahaja daripada keseluruhan kontrak antaranya seperti:
- OST drama Janji Anaqi – lagu “Janji Sampai Mati” oleh Hasif Upin
- Lagu sampingan (filler theme song) drama Setelah Terlafaznya Akad 2 – Lagu Fantasia oleh Emeer Bakri, OST Anta Permana – Siti Nurhaliza
- Villain Role – Musyi Mokhtar (pelakon pembantu) drama Setelah Terlafaznya Akad 2
- Pelakon tambahan – Fakhrul Razi, drama: Setelah Terlafaznya Akad 2.
- 6 locations audition aeg juri – KL/JB / Kuantan/ Tganu / Penang / Sabah (zoom)
Sebutan kes pertama akan berlangsung di Mahmakah Sesyen Kuala Lumpur pada 5 Ogos 2024.