berita

Armin Van Buuren & Psy Bakal Hangatkan “Future Music Festival Asia 2013”!

November 6th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Mungkin kedengaran agak pelik atau mungkin juga berita gembira bagi peminat-peminat Psy, penyanyi yang popular dengan tarian kuda (horse dance) didalam muzik video “Oppa Gangnam Style” ini disahkan akan turut datang memeriahkan “Future Music Festival Asia 2013” (FMFA 2013) pada 16 Mac 2013.

Sidang akhbar yang diadakan sebentar tadi di Fresca Mexican Kitchen & Bar, The Gardens menyaksikan pengumuman pertama barisan artis FMFA 2013 yang akan membuat persembahan di pesta muzik terbesar di Asia Tenggara ini. FMFA 2013 juga akan diadakan selama 2 hari berturut-turut dimana hari pertama akan dikhaskan untuk sebuah acara muzik trance terbesar di dunia, “A State Of Trance 600: The Expedition World Tour”(#ASOT600KUL) yang akan menyaksikan Armin Van Buuren turun, pemegang 5 kali tempat pertama sebagai dj nombor satu dunia dalam DJ Mag Top 100.

“Ini adalah sesuatu yang sangat besar, kami masih tak percaya kami berjaya membawa Armin Van Buuren dan “A State Of Trance”. Dengan kerjasama bersama Future Entertainment Australia, kami habiskan berbulan masa untuk membawa lagenda ASOT 600 kesini, dan kami akhirnya boleh katakan, ia sesuatu yang menggembirakan,” Iqbal Ameer, pengarah Livescape Asia.

Masih belum dimaklumkan siapakah dj-dj lain yang akan turut serta dalam “A State Of Trance: The Expedition World Tour”, pihak FMFA 2013 walau bagaimanapun hanya mengumumkan barisan artis FMFA 2013. Antaranya ialah PSY sendiri, Rita Ora, Fun., Bloc Party, Temper Trap, Rudimental, Stafford Brothers, Timmy Trumpet dan juga Tenzin.

Lain pula di pentas kedua FMFA 2013 (The Prodigy presenting Warrior’s Dance Arena), para peminat dubstep akan digegarkan dengan kemunculan Feed Me, Kill The Noise, Zeds Dead dan Borgore bersama dengan The Prodigy sendiri.

Future Music Festival Asia 2013 (FMFA 2013) akan diadakan pada 16 Mac 2013, sehari selepas “A State Of Trance 600: The Expedition World Tour”. Anda boleh mula dapatkan tiket bermula 16 November ini di kedai-kedai terpilih.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Future Music Festival Asia.

Future Music Festival – Asia from Future TV on Vimeo.