berita

Monday Music : Muzik Video Single Baru Psy, Gentlemen

April 15th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Gentlemen

Minggu lepas, para peminat Psy telah dikejutkan dengan single Psy yang telah bocor ke internet lebih awal dan OHBULAN! turut menulis artikel tentang lagu berjudul “Gentlemen” itu.

Namun, 2 hari lepas (13 April), pihak pengurusan Psy telah melancarkan muzik video yang kami yakin semua orang sudah lama menunggu untuk melihat kejutan apakah yang bakal diberikan oleh Psy.

Dan ya, baru sahaja memasuki hari ketiga ianya dilancarkan di laman Youtube, muzik video “Gentlemen” ini telah mencatat lebih 44 juta jumlah tontonan. Adakah ia mampu mengulangi kejayaan yang sama seperti muzik video “Oppa Gangnam Style”?

Menerusi  MV berdurasi 3.54 minit, Psy menampilkan orang tua diawal videonya dan dia dilihat sebagai seorang yang tidak mempunyai sikap “Gentlemen”. Namun, apa yang menjadi perhatian OHBULAN! ialah rentak tariannya yang baru. Walaupun tidak se’catchy’ gangnam style, tetapi ia tetap mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Nampaknya, kami dapat rasakan demam “Gentlemen” bakal bermula tak lama lagi. Mari kita tonton muzik video Psy, “Gentlemen” selepas ini.

SKIP THIS AD ×