berita

Artis Dandgut Buat Konten ‘Murah’, Ani Mayuni Akui Kena Tempias – ‘Kena Jaga Imej, Tunjuk Contoh Baik’

May 23rd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Penyanyi, Ani Mayuni tidak menafikan wujud segelintir penyanyi irama dangdut yang sengaja mencipta konten di media sosial sehingga mengundang kecaman orang ramai.

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Rasa Diri Kita Mulia & Semua Artis Itu Pendosa’ – Baby Shima

Artikel Berkaitan: Disahkan Hidap Slip Disc, Riezman Khuzaimi Bergantung Kepada Pendakap Leher – ‘Sangat Emosi, Cepat Marah’

Konten ‘murah’ penyanyi dandgut

Ketika ditemui Oh Bulan!, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, berkata, disebabkan sikap segelintir penyanyi tersebut, dirinya tidak terlepas daripada terkena tempias.

Menurut Ani, tujuan segelintir penyanyi yang mencipta konten sedemikian berkemungkinan disebabkan ingin meraih perhatian peminat.

Memang ada segelintir artis dangdut yang sengaja mencipta konten mengundang kecaman. Zaman sekarang zaman konten, dia yang cipta konten untuk dimaki kemudian jadikan diri mangsa.

Saya rasa, sesetengah yang cipta konten itu mahukan pengikut sehingga terpaksa buat konten murah. Saya tidak buat begitu kerana saya jual kerjaya.

Disebabkan sikap sesetangah artis itu juga saya terkena tempias bila ada yang minta saya untuk komen.

Ani berkata demikikan ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Goyang Asia Koplo Milenia yang berlangsung di Petaling Jaya pada Isnin.

Dalam pada itu, Ani berkata, sebagai seorang penyanyi perlu mempamerkan imej yang baik supaya boleh menjadi contoh kepada orang ramai.

Zaman saya dulu jika mahu jadi artis, syarikat rakaman akan cari artis yang ada sifat baik supaya boleh jadi ikutan peminat. Sehinggakan untuk ada kekasih pun tidak boleh masa zaman dulu. Kena jaga imej.

Zaman sekarang kalau mahu jadi contoh kepada pengikut perlulah sediakan konten yang baik. Kena jaga imej kita sebagai penyanyi.

Tiada ruang untuk dangdut

Sementara itu, pelantun lagu Sedap itu akui terkilan apabila lagu-lagu bergenre dandgut seakan dianak tirikan dan tidak diberikan peluang untuk mengadakan konsert berskala besar.

Malah, Ani turut kecewa dengan segelintir stesen televisyen mahupun radio yang kurang memutarkan lagu-lagu irama dangdut.

Sudah pasti saya terkilan. Tetapi saya faham juga beberapa stesen tv ada garis panduan yang ditetapkan, kerana ada hiburan yang untuk sajian keluarga dan bukan orang dewasa sahaja.

Sekiranya stesen tv beri garis panduan kepada kami penyanyi dangdut, kami pasti akan ikut.

Kami sesama rakan artis ada juga pernah mengeluh kerana kurang mendapat ruang seperti konsert, program tv dan radio. Sedangkan, persembahan kami tidak berhenti, non-stop.

Saya sedih sebab permintaan untuk lagu dangdgut ada cuma ruang itu tiada.

Justeru itu, Ani mengharapkan Konsert Goyang Asia Koplo Milenia yang bakal diadakan pada 12 Ogos depan mendapat sambutan dan menjadi permulaan yang baik buat pejuang irama dangdut.

Selain itu, Ani meminta orang ramai agar mendoakan perjalanan konsert yang dianjurkan oleh Mission Sight Sdn Bhd itu dipermudahkan.

Saya akan bawakan tiga lagu pada konsert ini dan ada satu lagu baru yang akan dinyanyikan.

Saya juga membawa nama Malaysia pada konsert ini, jadi saya mahu peminat Indonesia yang hadir dapat lihat juga artis-artis dangdut Malaysia.

Saya akan pikul tanggungjawab ini sebaik mungkin dan hiburkan semua penonton yang akan datang nanti. Saya harap semua dapat doakan saya dan rakan penyanyi yang lain.

Selain Ani Mayuni, konsert tersebut turut menampilkan Baby Shima serta barisan penyanyi dangdut popular Indonesia iaitu Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesti Klepek Klepek dan Rhena Morena.

Konsert itu bakal berlangsung di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara dan tiket sudah boleh didapati di www.ticket2u.com.

SKIP THIS AD ×