Pelakon, Riezman Khuzaimi mendedahkan dirinya mula terpaksa bergantung kepada penggunaan pendakap lehet akibat penyakit slip disc yang dialami sejak April lalu.
Artikel Berkaitan: Apa Punca Riezman Khuzaimi & Isteri Sah Cerai Talak Satu?
Artikel Berkaitan:m Sedih Tiada Lagi Jari Kelingking, Shahronizam Reda Ujian Bulan Ramadan
Slip disc
Ketika ditemui Oh Bulan, pemilik nama penuh Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 53, berkata, dia mula mengesan penyakit tersebut apabila tiba-tiba terasa sakit di bahagian tengkuk ketika bangun untuk bersahur pada Ramadan lalu.
Menurut Riezman, dia kemudian mengambil keputusan untuk berjumpa doktor dan mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Saya mula kena seminggu berpuasa. Nak bangun sahur tiba-tiba tangan sebelah kanan tak boleh gerak dan tak rasa apa-apa.
Mulanya ingatkan sakit saraf dan pergi ke klinik. Kemudian saya lakukan pemeriksaan lanjut di hospital dan doktor sahkan saya slip disc.
Riezman berkata demikikan ketika ditemui ketika majlis sidang media Konsert Goyang Asia Koplo Milenia yang berlangsung di Petaling Jaya pada Isnin.
Tambah aktor itu, antara faktor yang menyumbang kepada berlaku masalah berkenaan berkemungkinan disebabkan aktiviti hariannya yang kerap menghadap skrin komputer dan telefon pintar.
Malah, dia juga dinasihati untuk tidak melakukan pembedahan kerana dikhuatiri boleh membahayakan nyawa jika berbuat demikian.
Mungkin disebabkan postur badan selalu menundul berlaku masalah ini. Kata doktor ramai tang sudah alami begini.
Disebabkan sakit ini pada bahagian tengkuk doktor tak nasihatkan untuk buat pembedahan. Kalau bedah keberangkalian sembuh 50-50. Ia juga boleh mengancam nyawa.
Jadi sekarang ini memang saya buat fisioterapi sahaja. Penyakit ini boleh sembuh tapi ia juga boleh datang kembali pada bila-bila masa.
Riezman berkata lagi, apa yang menimpa dirinya itu sedikit sebanyak menggangu emosi dan membuat dia sering merasa mahu marah.
Selain itu, dia juga terpaksa melupakan seketika aktiviti kesukaannya yang sering dilakukan sebelum ini seperti menunggang motosikal dan terpaksa mencari hobi bersesuaian yang lain.
Awal-awal dahulu memang sangat emosi. Rasa nak cepat marah. Maklumlah apabila tiba-tiba berlaku perubahan dalam diri secara tiba-tiba.
Sekarang ini saya terpaksa tukar aktiviti harian. Dah tak boleh nak ride sebab halmet berat dan boleh beri kesan.
Konsert Goyang Asia Koplo Milenia bakal berlangsung di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara pada 12 Ogos depan.
Antara barisan penyanyi yang bakal membuat persembahan ialah Ani Mayuni dan Baby Shima selain membariskan penyanyi dangdut popular dari Indonesia iaitu Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesti Klepek Klepek dan Rhena Morena.
Dianjurkan oleh Mission Sight Sdn. Bhd, tiket Konsert Goyang Asia Koplo sudah mula dijual di www.ticket2u.com.