Pelakon, Jasmin Hamid meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir individu menyifatkan laman Instagramnya ‘kotor’ dengan promosi drama yang dilakonkan olehnya termasuk isu semasa.
Salah ke nak promosi drama?
Salah ke bila saya promote drama lakonan saya dan juga isu-isu semasa di media sosial saya sendiri. Ada orang kata sosial media saya kotor sebab penuh dengan promosi drama sendiri sedangkan artis international pun gunakan platform yang sama untuk promosi filem mereka dan isu semasa. Saya hanya artis Malaysia yang cuma sebesar kuman kalau nak dibandingkan dengan kemasyuran mereka.
Menurut Jasmin, dia sangat selesa untuk berkongsi hasil kerjanya sebagai seorang pelakon bersama para peminatnya di media sosial. Tambahnya lagi, artis luar negara juga turut menggunakan platform media sosial sebagai pengantara diri mereka dengan peminat.
Meskipun tidak mempunyai berjuta-juta pengikut di Instagram, Jasmin mengakui bahawa dia tetap sayang akan peminatnya yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan buat dirinya. Ujar Jasmin, netizen boleh ‘unfollow’ sekiranya mereka tidak suka membaca mahupun melihat mengenai posting yang telah dimuat naik olehnya.
Biarlah orang nak cakap
Biarlah apa orang nak cakap. I love you.
Kita promosi secara ikhlas dan guna media sosial kita sendiri. Abaikan mereka Kak Min.
Susah kalau nak control media sosial orang lain juga.
Di ruangan komen, rata-rata rakan artis bersetuju dengan kenyataan Jasmin Hamid. Menurut mereka, sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun, kita perlu menghormati hak orang lain apatah lagi menjaga adab semasa meninggalkan komen.
Sumber: Jasmin Hamid