berita

Artis Korea Fasih Menyanyi Lagu Melayu

May 19th, 2022 | by khairil
Video Popular

Sumber: darlaling

Tular di laman sosial TikTok memaparkan rakaman seorang artis Korea menyanyikan lagu berbahasa melayu sehingga mencuri tumpuan ramai.

Sebutan agak baik

Foto: eunwo.o_c

Artis dari Korea yang dimaksudkan ialah Cha Eun Woo. Selain berbakat dalam dunia lakonan, Eun Woo juga merupakan salah seorang anggota kumpulan penyanyi dikenali Astro.

Dalam rakaman tersebut memaparkan Eun Woo sedang mendengdangkan lagu ‘Sampai Ke Hari Tua’ nyanyian asal oleh Aizat Amdan.

Sebutannya sangat baik.

Rata-rata wargamaya memberi reaksi bahawa sebutan bahasa melayu pelakon itu sangat baik. Ini juga membuktikan lagu dari bahasa melayu hari ini agak mudah dinyanyikan oleh pelbagai bangsa lain.

Video yang berdurasi 52 saat itu menunjukkan peminat tidak keruan mendengar pelakon kacak itu menyanyikan lagu dalam bahasa melayu. Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 900 ribu tontonan dan 186 ribu tanda suka.

Video penuh

@darlaling his pronunciation is very good ? #fyp #chaeunwoo #malaysia ? Sampai Ke Hari Tua – Aizat Amdan

‘Comelnya nyanyi dalam bahasa melayu’

Di ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja dan memberi pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Sumber: darlaling

SKIP THIS AD ×