berita

‘Arwah Ajak Saya Ke Scotland Tapi…’ – Bapa Ashraf Kongsi Perbualan Terakhir Sehari Sebelum Pemergian

February 28th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Setelah lebih seminggu berada di Jakarta, ibu bapa kepada Allahyarham Ashraf Sinclair akhirnya telah selamat pulang ke Malaysia. Terbaru, bapa Allahyarham iaitu Mohamad Anthony John Sinclair menyatakan bahawa arwah pernah berhasrat mengajaknya bercuti berdua tapi sayangnya tidak sempat berbuat demikian anak kesayangannya itu telah pun dijemput Ilahi.

Hasrat terakhir arwah

Menerusi laporan yang dipetik daripada Berita Harian, Mohamad Anthony memberitahu bahawa anaknya telah menyatakan hasratnya untuk bercuti bersama-sama di Scotland pada cuti musim panas pada tahun depan.

Menceritakan kisah itu, Anthony memberitahu bahawa mereka berdua telah berhubung dalam aplikasi Whatsapp dan berbincang mengenai cadangan ini iaitu sehari sebelum pemergian anak kesayangannya itu.

Ketika itu, dia baru pulang dari New York. Katanya, di sana dia berjumpa seorang lelaki yang berkongsi pengalaman mengembara ke Scotland bersama bapanya. Jadi, dia menyimpan impian untuk membawa saya mengembara ke sana seperti mana orang yang ditemuinya itu. Namun, impian hanya tinggal impian apabila beberapa hari kemudian, saya ke Jakarta menghadiri upacara pengkebumiannya.

BCL seorang wanita yang kuat

Sementara itu, Aishah Sinclair yang juga merupakan adik Allahyarham yang ditemui dalam satu majlis tahlil, doa selamat dan bacaan buat arwah yang dianjurkan oleh Primeworks Studios, TGV Pictures, Infinitus dan Sunstrong Entertainment memberitahu bahawa kakak iparnya, Bunga Citra Lestari seorang insan yang sangat tabah kerana kuat menghadapi dugaan seberat ini.

Saya nampak Bunga kuat berdepan dugaan ini. Tapi dalam hati, kita tak mampu meneka. Apa yang saya lihat, arwah cukup bermakna dalam hidupnya.

Dalam pada itu, Aishah turut berharap agar kakak iparnya itu diberi sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan supaya dia lebih kuat menempuhi hari-hari akan datang tanpa kehadiran seorang suami tersayang disisi.

Kami akan terus menghubungi Bunga dan anak saudara, Noah setiap waktu. Malah, ibu bapa saya akan sering berulang-alik ke Jakarta untuk bertemu mereka.

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

SKIP THIS AD ×