Pelakon versatile, Fauziah Ahmad Daud, berkongsi kenangan yang menyentuh hati mengenai arwah bapanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Arwah Saadiah ‘Request’ Ogy Masak Nasi Goreng Sardin Dua Hari Sebelum ‘Pergi’ – ‘Mak Kena Balik, Ayah Tengah Tunggu’

Artikel Berkaitan: Ogy Ahmad Daud Dedah Pernah Dilibas Tali Pinggang Dengan Arwah Ayah – ‘Saya Tipu Dia Tak Pergi Mengaji’

Nama yang diberikan arwah bapanya

Menerusi perkongsian di Instagram, Fauziah, atau lebih mesra disapa Ogy, mendedahkan bahawa nama ‘Fauziah’ yang digunakannya sehingga kini sebenarnya diberikan sendiri oleh arwah bapanya.

Tambahnya, arwah bapanya juga kurang gemar jika orang ramai memanggilnya dengan nama samaran seperti ‘Ogy’ atau nama-nama watak yang pernah dilakonkannya di layar.

Ini adalah arwah Ayah dan saya, Fauziah.

Nama Fauziah arwah ayah yang berikan.

Dia tak suka orang panggil saya Ogy atau nama-nama watak saya lakonkan.

Rasa rindu

Dalam perkongsian yang sama, aktres filem ‘Azura’ itu turut mengimbau tarikh istimewa kelahiran bapanya pada 12 Mac 1932.

Menurutnya, sekiranya arwah bapanya masih ada, kini dia sudah berusia 94 tahun.

Kalau arwah ayah masih ada, ayah akan berusia 94 tahun.

Selamat hari lahir ayah 12/3/1932.

Fauziah dengan Aminah, cucu ayah, alhamdulillah Allah sentiasa jaga kami.

Ayah tenang di sana ya.

Fauziah sayang dan rindu ayah.

Sumber: Instagram