berita

Ogy Ahmad Daud Dedah Pernah Dilibas Tali Pinggang Dengan Arwah Ayah – ‘Saya Tipu Dia Tak Pergi Mengaji’

February 19th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon lagenda, Ogy Ahmad Daud mendedahkan bapanya, Allahyarham Datuk Ahmad Daud merupakan seorang bapa yang sangat tegas dan garang sewaktu membesarkannya.

Artikel Berkaitan: Dah Dirisik & Tak Sabar Tunggu Majlis, Netizen Tanya Siapa Pinang Ogy Ahmad Daud?

Kena libas tak pergi mengaji

@nona.my Kenangan disebat dengan tali pinggang sewaktu zaman kanak-kanak dulu masih segar di fikiran Fauziah Dato’ Ahmad Daud. Seronok dengar pelbagai kisah seniwati terkenal ini sambil tangan ligat memasak Kari Daging, resipi turun-temurun keluarga Allahyarham Dato’ Ahmad Daud #womenoftiktok #ogyahmaddaud #alisetan1 #karidaging #sembangentertainment ? original sound – NONA

Menerusi potongan video dimuat naik TikTok @nona.my, Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Datuk Ahmad Daud memaklumkan dirinya pernah dilibas arwah bapanya dengan menggunakan tali pinggang.

Menurut Ogy, arwah bapanya itu sangat marah apabila mendapat tahu dirinya tidak hadir ke kelas mengaji al-Quran.

Saya pernah kena tali pinggang (dilibas) sebab waktu itu saya menipu dia, tak pergi kelas mengaji.

Dia dapat tahu lepas itu dia terus tanyakan pada saya pergi mengaji ke tidak, walhal dia dah tahu yang saya tak pergi.

Saya jawab bahawa saya pergi ke kelas mengaji dan ‘klentong’ surah yang saya baca.

Selepas memberikan jawapan tersebut, pelakon berusia 62 tahun itu kemudiannya terus dilibas dengan menggunakan tali pinggang di bahagian badan.

‘Hang nak menipu ayah ya?’. Terus arwah ayah saya ambil tali pinggang dan dia libas badan saya.

Saya terus menangis dan kata saya insaf.

Video tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya terhibur mendengar perkongsian Ogy Ahmad Daud itu.

Komen netizen

Sumber: TikTok Nona

SKIP THIS AD ×