Semalam, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian bintang lagenda, Datuk M Daud Kilau akibat komplikasi pelbagai penyakit.
Artikel Berkaitan: Penyanyi M Daud Kilau Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: ‘Atuk Pesan Agar Jenazahnya Dikafankan Dengan Betul, Kalau Telefon Dia Nyanyi Lagu Cek Mek Molek’ – Cucu M Daud Kilau
Seorang yang kelakar
Memetik laporan Berita Harian, bintang veteran, Datuk DJ Dave mengakui rindu akan jenaka dan gurau senda, Allahyarham Datuk M Daud Kilau.
Menurut DJ Dave, arwah seorang yang sangat kelakar dan sering menghiburkan rakan-rakan dengan lawak jenakanya.
Kami pernah buat persembahan bersama. Arwah lucu dan sering menghiburkan kami dengan lawak jenakanya
Arwah penyanyi unik terutama daripada segi penampilan dan aksi geleknya.
Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) itu berkata, dia tidak menyangka arwah akan pergi secepat ini. DJ Dave bertambah sedih apabila dia mendapat tahu mengenai berita pemergian arwah setelah pulang daripada menziarahi mendiang pemuzik jazz, Lewis Pragasam.
Tambahnya lagi, kali terakhir dia bertemu arwah pada awal tahun 2023 di mana arwah menjamunya dengan pelbagai ulam-ulaman kegemarannya.
Saya baru pulang daripada menziarahi mendiang Lewis Pragasam dan tiba-tiba dapat berita mengejutkan ini.
Walaupun saya tahu arwah sudah terlantar sakit sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun, tidak sangka beliau pergi secepat ini.
Kali terakhir saya bertemu arwah adalah pada awal tahun ini. Arwah menjamu saya dengan ulam-ulaman kerana dia tahu saya gemarkannya.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Cinta Abadi’ menyifatkan pemergian arwah sebagai kehilangan yang akan dirasai dalam industri muzik.
Kita doakan semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah SWT.
Sumber: Berita Harian