berita

‘Arwah Sakit Semula & Pergi Menghadap Ilahi, Jiran Sebelah Senyum Puas Hati..’

August 25th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sihir adalah satu amalan syaitan yang boleh mendatangkan dosa besar disisi Allah SWT. Walaupun begitu, masih ramai dalam kalangan manusia sering menggunakan ilmu syirik ini untuk memuaskan nafsu dendam mereka.

Terbaru, seorang pengguna Facebook, Qiqi ada berkongsi pengalamannya merawat seorang mangsa sihir. Lebih meruntun hati pesakit yang dirawatnya telah pun meninggal dunia.

‘Jiran tak puas hati’

Seorang lagi pesakit tok pergi meniggalkan dunia.
Kes: Sihir
Lokasi: Kluang, Johor
Kisah: Hidup berjiran, tak hormat jiran, kalau basuh kereta air sampai masuk rumah sebelah. Arwah diam, siram bersihkan balik, arwah sidai karpet, jiran sebelah siram bunga sampai air mercik dekat karpet arwah, habis air tanah kena karpet arwah. Arwah diam geleng kepala, ambil cuci balik. Pendek cerita jiran tak guna suka menyusahkan jiran lain. Disebabkan arwah diam, jiran tak guna tak puas hati. Ditanam ditaburnya barang sihir, arwah terlangkah langsung rebah. Ikthiar macam-macam.

Masa tok buat rawatan, arwah meracau. Jin dalam badan kepanasan, bila jin tak tahan kepanasan semua dia bongkarkannya. Habis tuan yang mengarahkan dia, disebut namanya. Kami halau buang gangguan sihir, Alhamdulillah dia kembali ok. Kami pulang dari Kluang Johor, seminggu lepas tu anak arwah call beri tahu selepas ibunya pulang kerumahnya semula, arwah sakit semula dan pergi menghadap ilahi. Jiran sebelah senyum puas hati. Mudhan arwah syahid, InsyAllah pada mereka yang berhati iblis, tunggu kifarah Allah sampai. Al fatihah buat arwah mak cik di Kluang Johor. Kami sudah ikthiar sehabis baik, Allah lebih menyayangi mu. Kepadaa anak arwah, salam takziah kami ucapkan.

Netizen kongsi pengalaman

‘Jiran yang pentingkan diri’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama dialami mereka gara-gara perilaku jiran yang tidak berperikemanusiaan. Tidak kurang juga, ada di antara mereka mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah.

Sumber: Qiqi

SKIP THIS AD ×