berita

Arwah Tony Spider Meninggal Dunia Di Studio Rakaman

June 30th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bekas pemain bass kumpulan terkenal tanah air, Spider, Tony Iskandar menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 1 pagi, hari ini.

Meninggal dalam bilik tidur studio

Foto: Tony & Along Exists

Menerusi laporan Sinar Harian, Allahyarham meninggal dunia di bilik tidurnya di studio rakaman Luncai Emas milik seniman Datuk M. Nasir di Sungai Buloh. Berita duka pemergian Tony turut dikongsi oleh pemain gitar kumpulan Exists, Along di akaun Instagramnya sekitar pukul 3 pagi.

Pergi lagi seorang sahabat aku. Al fatihah buatmu Tony. Semoga Allah Swt tempatkan mu dikalangan orang beriman. Amin.

Selain Allayharham Tony, kumpulan Spider yang mendapat didikan dan asuhan sifu M Nasir turut dianggotai oleh Tam (vokalis), Nafie (pemain gitar), Aie (pemain gitar) dan Is (pemain bass). Antara lagu popular kumpulan Spider ialah Relaku Pujuk, Kasih Latifah dan Laukku Cukup Masin.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×