berita

‘AS$300 Juta Daripada Dana 1MDB Telah Dipulangkan Kepada Kerajaan Malaysia’ – Perdana Menteri

April 15th, 2020 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu kenyataan media memaklumkan bahawa Jabatan Kehakimanan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) telah mengembalikan AS$300 juta daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada kerajaan Malaysia.

AS$300 Juta dikembalikan

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, jumlah yang dipulangkan itu adalah mewakili dana yang diperoleh daripada hasil penyitaan aset berkaitan dengan 1MDB di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi di Jabatan Kehakiman AS (DOJ). Sebelum ini, DoJ menganggarkan AS$4.5 bilion (RM18.88 billion) dikeluarkan dari Malaysia antara tahun 2009 dan 2014 dalam satu skandal yang melibatkan bank pelaburan Amerika Syarikat, Goldman Sachs Group Inc. 

Pada 30 Oktober 2019, penjenayah dikehendaki Malaysia, Jho Low, telah mencapai penyelesaian dengan DoJ berkenaan beberapa tuntutan pelucutan hak yang telah difailkan oleh jabatan itu ke atas aset-aset yang telah dibeli Jho Low menggunakan dana 1MDB.

Difahamkan, dengan pemulangan S$300 juta ini bermakna  dana 1MDB telah dikembalikan ke Malaysia dan ia menjadikan jumlah keseluruhan yang diterima adalah sebanyak AS$620 juta termasuk pembayaran yang pernah dilakukan oleh AS sebelum ini.

Proses untuk menjual baki aset yang disita daripada Jho Low masih diteruskan atas keputusan penghakiman DoJ.

Jumlah keseluruhan hampir RM2.6 billion

Dalam kesempatan itu juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Amerika terutamanya Kedutaannya di Kuala Lumpur atas bantuan dan kerjasama yang diberikan bagi melancarkan pemulangan wang berjumlah AS$300 juta itu kepada Kerajaan Malaysia.

Pada masa sama beliau turut berterima kasih kepada Menteri Kewangan Malaysia dan Peguam Negara atas peranan dan usaha yang dilakukan mereka dalam proses rundingan yang berkaitan.

Usaha untuk mendapatkan semula aset 1MDB di seluruh dunia masih berjalan, dan Kerajaan akan terus bekerjasama dengan AS, DOJ dan agensi luar negara untuk membawa pulang lebih banyak aset 1MDB pada masa akan datang.

Kenyataan media

Sumber: Tan Sri Muhyiddin Yassin

SKIP THIS AD ×