Pelakon Asha Merican berkongsi pengalaman mengidam perkara pelik semasa hamil cahaya mata pertamanya, Aura Medina.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Medina Dah Masuk Form 1’ – Harris Annuar Tak Kenal Isteri, Separa Sedar Sempat Fikir ‘Report Card’ Anak
Artikel berkaitan: Harris Annuar Bakal Jadi Bapa, Dedah Asha Merican Suka Bau Simen
Mengidam makan sabun
Menerusi temu bual bersama Pa & Ma, Asha memberitahu dia sudah lama mengidam untuk makan sabun.
Menurutnya, dia terpaksa menahan diri daripada berbuat demikian demi menjaga kandungan namun ketika dekat dengan waktu bersalin dia akhirnya dapat memuaskan keinginan tersebut.
Sebenarnya saya dah lama nak cuba tapi saya simpan tak makan-makan sebab takut jadi apa-apa dekat anak saya.
Masa tu dah nak beranak lagi berapa hari je saya nak jugak makan sabun tak tahu kenapa. Hati saya cakap ‘kau kena makan juga sabun ni’.
Sebelum ni saya boleh tahan ambil bau je. Tapi sampai je dekat rumah mak saya sebelum dia beranak, last sekali masuk dalam mulut macam jilat sikit sabun gel.
Rasa puas
Dalam pada itu, Asha memberitahu perasaan dapat makan sabun itu memberi satu kepuasan buat dirinya.
Rasa puas tu tak tahu nak cakap macam mana. Sedap jugak sebenarnya.
Untuk rekod, Asha dan suami yang juga pelakon Harris Anuar mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aura Medina yang kini berusia satu tahun.
Sumber: Pa & Ma