Penyanyi, Ashira Aziz mengumumkan keputusan mengejutnya mahu mengundurkan diri daripada dunia seni baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Kami Berpisah Bukan Sebab Ashira Tak Tahan Jaga Saya – Bad Indigo
Artikel Berkaitan: Netizen Sakan Kecam Sebab Free Hair, Ashira Bersuara Tak Semua Manusia Yang Tak Bertudung Itu Hina
‘Bye-bye’ dunia tipu-tipu
Menerusi InstaStory milik wanita berusia 38 tahun itu, dia berkongsi pengalaman mencabarnya selama 20 tahun berada dalam industri hiburan. Susulan daripada itu, sudah tiba masanya untuk dia mengakhiri pengembaraannya sebagai seorang anak seni. Bukan itu sahaja, pelantun lagu Selamanya Tak Akan Berakhir ini juga meminta orang ramai menghormati keputusannya yang ingin melepaskan status ‘Public Figure’.
Menjelang 2023. Sudah tiba masanya. Tahun 1999 hingga 2022 sebagau satu pengembaraan yang penuh keperitan dan pengalaman hidup.
Saya akan simpan semua kenangan manis di lubuk hati yang paling dalam. Masa untuk menutup buku dari saat ini hingga selama-lamanya. Tolong hormati keputusan ini. Biarkan saya teruskan kehidupan bersama anak lelaki dan keluarga saya tanpa mata yang memerhati.
Silakan saja ‘unfollow’ atau ‘unfriend’ saya di media sosial. ‘Bye-bye’ dunia tipu-tipu.
Terdahulu, Ashira pernah menyepikan diri sebelum menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh pada tahun 2020.
Sumber: Ashira Aziz