Penyanyi, Bunga Citra Lestari menyatakan dia tidak akan memaksa dirinya mencari jodoh baru dalam masa singkat dan hanya menjalani kehidupan sepertimana yang ditakdirkan oleh tuhan untuknya.
Artikel Berkaitan: Lapan Bulan Berkurung, BCL Perlu Kekuatan Untuk Pulang Ke Malaysia – ‘Bukan Senang Ke Tempat Yang Banyak Memori’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hey Saya Makan Lah, Bukan Hamil!’ – BCL Sedih Jadi Mangsa ‘Body Shaming’
Ashraf akan sentiasa di hati
@ohbulanofficial Ashraf sentiasa dihati. Memang betul-betul sayang dan setia BCL. Min nak cakap, hargailah orang yang cinta dan sayangkan kita ?? #ohbulan #fyp #trending #sembangentertainment #bcl #bungacintalestari
Ketika ditemui Ohbulan!, penyanyi terkenal Indonesia itu menyatakan bahawa dirinya menerima jika dia ditakdirkan untuk bergelar seorang isteri lagi. Namun, tidak semudah itu. BCL sempat berkongsi sesungguhnya lelaki itu semestinya harus menerima kenyataan bahawa Ashraf akan sentiasa ada di hatinya.
Lelaki mana pun kena bersedia dan menerima bahawa Ashraf akan selamanya di hati ini. Kena faham yang itu dulu, kemudian kita boleh berkawan.
Soal membuka hati ini mungkin kena lihat dari cara lelaki itu mendekati saya. Kita berkawan dan selesa sesama sendiri, tapi ianya tidak mungkin akan sama. Saya juga tidak mencari pengganti kerana tidak akan ada yang boleh mengganti Ashraf.
Menyedari dirinya seorang ibu tunggal, BCL mengakui dirinya perlu lebih banyak memikirkan hal-hal yang melibatkan pelbagai pihak terutama putera tunggalnya, Noah Aidan Sinclair. Walau bagaimanapun, BCL tidak menolak jika memang ada lelaki yang lengkap pakej sepertimana yang dijelaskan.
BCL berkata demikian ketika majlis sidang media BCL Blossom Intimate Concert yang diadakan di Banquet Hall, Kuala Lumpur Convention Centre, pada Rabu.
Terdahulu, allahyarham Ashraf dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari 202o. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat, Indonesia.