Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) menyatakan kepulangannya ke Malaysia memerlukan kekuatan kerana kali ini tanpa suami di sisi.
Artikel Berkaitan: Bunga Citra Lestari Hamil? Netizen ‘Petik’ Nama Ariel NOAH
Artikel Berkaitan: ‘Noah Pimpin Bacaan Yassin Bersama Keluarga Tercinta’ – Keluarga Lawat Pusara Di Jakarta Sempena Hari Lahir Arwah Ashraf Sinclair
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Terkejut Penyanyi BBNU Curi-Curi Cium Pipi BCL Masa Konsert
Tak berdunia luar
Ketika ditemui OhBulan!, BCL sempat berkongsi perasaannya kembali ‘ke rumah Ashraf’ setelah hampir tiga tahun tidak menjejakkan kaki ke Malaysia. Kepulangannya itu mengingatkan dirinya dengan pelbagai memori ketika arwah Ashraf masih bernafas.
Datang ke Malaysia, sangat istimewa buat saya. Perasaannya berbeza, ianya bukan seperti datang ke sesebuah negara. Sebab Malaysia adalah rumah kedua. Bukan senang untuk ke tempat yang banyak memori bersama.
Saya bertahan berada di rumah di Jakarta walaupun setiap sudut mengingatkan saya kepada Ashraf. Lapan bulan saya hanya duduk di rumah tanpa berjumpa sesiapa dan saya boleh katakan sekarang saya semakin okay.
Walau bagaimanapun, untuk datang ke Malaysia memang memerlukan kekuatan.
BCL berkata demikian ketika majlis sidang media BCL Blossom Intimate Concert yang diadakan di Banquet Hall, Kuala Lumpur Convention Centre, pada Rabu.
Rawatan daripada ahli terapi
Mengimbas balik detik sukar, penyanyi berumur 39 tahun itu berkata dalam tempoh lapan bulan itu dia hanya menangis sejurus bangun dari tidur.
Bagaimanapun, pemilik lagu ‘Wanita Terbahagia’ bangkit semula melakukan tugasan harian selepas mendapat rawatan daripada ahli terapi menerusi aplikasi ‘Zoom’.
Dalam perkembangan terkini, BCL bakal mengadakan konsert pertamanya di Malaysia dengan menampilkan lebih daripada 20 buah lagu.
Konsert Blossom Intimate Concert ini dibawakan oleh Icon Entertaiment pada 27 Januari 2023 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Para peminat boleh membeli tiket di www.ticket2u.com.my. Harga jualan tiket bermula dari RM218 hingga RM1238.