berita

[VIDEO] ‘Hey Saya Makan Lah, Bukan Hamil!’ – BCL Sedih Jadi Mangsa ‘Body Shaming’

November 10th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, netizen Indonesia mendakwa penyanyi Bunga Citra Lestari sedang hamil gara-gara perutnya kelihatan buncit. Apa yang lebih teruk, apabila nama vokalis kumpulan Noah, Ariel turut terkait kerana mendakwa mereka mempunyai hubungan istimewa.

Artikel Berkaitan: Bunga Citra Lestari Hamil? Netizen ‘Petik’ Nama Ariel NOAH

Saya makan lah!

@ohbulanofficial KORANG BCL TAK HAMIL LAAAAA ??????? #ohbulan #fyp #viral #sembangentertainment #bcl #hamil #buncit ? original sound – Ohbulan

Menjawab dakwaan itu, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra disapa BCL menafikan dia sedang berbadan dua seperti yang hangat diperkatakan di media sosial.

Menurut BCL, 39, dia sedih menjadi mangsa ‘body shaming’ sedangkan perkara itu tidak perlu diperbesarkan.

Saya lagi sedih bila kena ‘body shaming’.. Hey saya makan lah!

Baik, nak tengok? (sambil berdiri dan menunjukkan perutnya). Ini biasalah perut ibu-ibu yang suka makan tengah malam.

Dari foto itu, saya rasa tak semua orang faham angle gambar ketika itu yang mungkin dilihat sebaliknya, mungkin perut saya sedang bloating (kembung) atau datang bulan.

Semua kemungkinan itu boleh menyebabkan perut saya berubah.

BCL berkata demikian sejurus usai Majlis Sidang Media Konsert Blossom Intimate Concert yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre, pada Rabu.

Konsert Blossom Intimate Concert yang dibawakan oleh Icon Entertainment akan berlangsung pada 27 Januari 2023 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Tiket-tiket boleh didapati di www.ticket2u.com.my.

Dulu kurus sangat

Kata pelantun lagu Cinta Sejati, dia berharap netizen gembira apabila melihat perubahan tubuh badannya selepas menempuh dugaan perit dalam rumah tangga namun sebaliknya yang berlaku.

Dua tahun yang lalu saya sangat kurus. Saya turun berat badan padahal makan banyak. Tetapi sekarang saya makan seperti dulu cuma cepat berat badan naik.

Saya sebenarnya berharap orang luar akan cakap, ‘Hey akhirnya nampak sihat dan gembira. Mungkin dia dah berjaya menempuh fasa-fasa getir.’  Malah, yang jadi adalah beza.

Dalam pada itu, isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair menyatakan dia melakukan ‘work out’ setiap hari sebagai amalan gaya hidup sihat.

Sedih lah. Saya ‘work out’.. pagi tadi (Rabu) terus ke gimnasium tanpa sarapan dulu. That’s being my life.

Saya makin bertambah umur, lagi berapa bulan akan memasuki 40 tahun. Umur saya bukan 20 tahun.

Sekadar info, BCL berkahwin dengan Ashraf pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair.

Ashraf meninggal dunia di kediaman mereka pada 18 Februari 2020 dipercayai akibat serangan jantung. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat, Indonesia.

Sumber: Instagram @bclsinclair

SKIP THIS AD ×