Pernah terfikir macam mana rasanya lari dengan kasut yang ringan, lembut dan selesa? Ha, sekarang korang boleh alami sendiri! Dengan keluaran terbaru ASICS, kasut GEL-NIMBUS™ 27 ni memang lain macam wehhh! Super comfy, penuh dengan teknologi power.
Tak kisahlah korang ni pelari pro ke, atau baru nak start jogging, kasut ni confirm boleh bagi support dan keselesaan tahap maksimum. Apa yang buat kasut ni lain daripada yang lain? Jom, baca sampai habis!
Kasut yang lembut dan selesa
Kalau korang nak tahu, kasut GEL-NIMBUS™ 27 dilengkapi dengan teknologi FF BLAST™ PLUS ECO dan menambah cushioning 2mm ekstra. Korang akan rasa macam tapak kasut selesa setiap kali melangkah.
Cushioning ini memberikan hentakan yang baik, menjaga lutut dan sendi korang, sesuai untuk larian jarak jauh.
Rekaan mesh yang breathable
Selain itu, untuk bahagian atas kasut, ASICS guna material Engineered Jacquard Mesh Upper, yang bukan saja ringan tapi juga breathable. Yelah…korang pun mesti tak selesa kan bila kaki panas atau berpeluh masa lari?
Dengan teknologi ni, udara boleh mengalir dengan lancar, jadi kaki korang akan kekal sejuk dan selesa sepanjang larian, walaupun cuaca panas. Material mesh ni juga fleksibel, jadi ia ikut bentuk kaki korang dengan sempurna untuk keselesaan maksimum.
Smooth landing dengan PureGEL™
Bukan tu je, ada juga teknologi PureGEL™ pada bahagian tumit kasut memberikan pengalaman pendaratan yang lebih lembut dan selesa.
Ia 65% lebih lembut berbanding teknologi GEL™ yang biasa. Bila korang menapak atau memijak, impak hentakan akan dikurangkan secara signifikan, jadi risiko kecederaan pun kurang.
Ini sangat sesuai untuk korang yang suka larian jarak jauh atau korang yang ada masalah lutut dan kaki. Dengan PureGEL™, korang boleh fokus larian tanpa ada gangguan rasa sakit.
Cengkaman yang mantap & tahan lama
Paling menarik, outsole kasut ni gunakan gabungan teknologi ASICSGRIP™ dan AHARPLUS™ untuk grip yang padu di pelbagai permukaan.
Sama ada korang lari atas jalan tar, laluan berpasir, atau permukaan basah, kasut ni akan bagi cengkaman yang stabil. Selain tu, outsole ni tahan lasak, jadi korang boleh guna kasut ni untuk tempoh yang lama tanpa risau cepat haus.
Orang kata kasut ni bukan saja direka untuk keselesaan fizikal tapi juga membantu menenangkan minda korang semasa larian. Rekaan dan teknologi kasut ni dihasilkan dengan fokus untuk meningkatkan pengalaman pelari supaya korang boleh perform dengan lebih baik sambil enjoy setiap langkah.
Jadi, korang kena dapatkan & cuba sendiri untuk pengalaman larian yang mantap!
Harga pasaran bermula dari RM729, dan kasut ini akan mula dijual pada 24 Januari 2025. Jadi, korang kena dapatkan & cuba sendiri untuk pengalaman larian yang mantap!
Untuk korang yang suka bersukan dan nak cari kasut yang selesa, boleh dapatkan ASICS GEL-NIMBUS™ 27. Cepat grab sebelum terlambat.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk ASICS, korang boleh layari laman web mereka di SINI.